Isnin, 21 November 2016

Panduan Syarat Dan Kriteria Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1

Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2017. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai syarat dan kriteria pemililah murid ke Tingkatan 1 SBP bagi sesi persekolahan 2017.

KENYATAAN MEDIA KPM

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM untuk panduan pemohon yang berminat untuk memohon ke SBP.

Tajuk: Syarat Dan Kriteria Pemilihan Murid Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum terhadap reaksi ibu bapa dan murid-murid berkaitan kemasukan murid lepasan UPSR 2016 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di bawah KPM pada tahun 2017.

KPM ingin menjelaskan bahawa Pengambilan Murid ke Tingkatan Satu (1) Tahun 2017 adalah berdasarkan syarat minimum pencapaian akademik sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam UPSR tahun 2016. Walau bagaimanapun kedudukan (ranking) pemilihan dan penempatan murid ke SBP tidak bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik dalam UPSR tersebut. Selain pencapaian akademik, skor merit pemilihan dan penempatan murid akan mengambil kira komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan juga Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dayng diterangkumkan di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mengisi 9000 tempat di sejumlah 69 buah SBP pada tahun 2017.

KPM juga ingin menjelaskan bahawa penambahbaikan kepada dasar, syarat dan kriteria pemgambilan murid Tingkatan Satu (1) SBP KPM pada tahun 2017 juga telah disediakan dengan mengambil kira perubahan terhadap format serta peningkatan kualiti UPSR pada tahun ini. Dalam hal ini, KPM amat menghargai akan kepercayaan dan hasrat murni ibu bapa yang meletakkan SBP sebagai turning point kepada masa hadapan murid, keluarga serta masyarakat secara amnya.

Oleh itu KPM berharap agar ibu bapa dan murid-murid yang berhasrat untuk masuk ke SBP tahun 2017 tidak perlu berasa bimbang kerana pemilihan tersebut akan dilakukan secara adil berdasarkan profile pencapaian murid berkenaan secara menyeluruh berlandaskan pencapaian menerusi PBS tersebut.

Terima Kasih

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 November 2016


Syarat dan kriteria kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1
Syarat dan kriteria kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1
SEE ALSO:  Panduan Permohona Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Online

Selain daripada kenyataan media KPM mengenai syarat dan kriteria pemilihan murid ke Tingkatan satu (1) SBP di atas, sila rujuk juga syarat dan kriteria umum syarat kemasukan ke SBP Tingkatan 1 di bawah sebagai rujukan anda.

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Pemohon perlu mencetak sesalinan (1) permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan.

SYARAT-SYARAT TAWARAN

1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat  tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)

1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Murid Sekolah Kebangsaan;
3. Cemerlang akademik;
4. Aktif dalam kokurikulum.

Daripada syarat dan kriteria di atas jelas sekali bahawa pemilihan tidaklah tertakluk kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga mengambil kira pencapaian anda dalam bidan kokurikulum.

Diharapkan syarat dan kriteria kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 ini boleh sedikit sebanyak membantu anda. Sekirangnya anda perlukan maklumat tepat dan terkini anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) di talian BPSBPSK : 03-83217400.