Bayaran Balik PTPTN Online & Dapatkan 15% Diskaun

Bayaran balik PTPTN dan dapatkan sehingga 15% diskaun. Tentu ramai yang mempunyi hutang PTPTN dan masih berusaha membuat pembayaran balik sehingga kini. Tahukah anda bahawa ada cara bayaran dan dapatkan sehingga 15% diskaun? Baru-baru ini kerajaan semasa pembentangan Bajet 2017 telah mengumumkan insentif-insentif yang disediakan untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik PTPTN.

Cuba mohon biasiswa untuk pelajar Malaysia >> DI SINI

Senarai Insentif Bayaran Balik PTPTN

Berikut ialah insentif-insentif yang disediakan untuk bayaran balik PTPTN yang diumumkan baru-baru ini.

a. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
b. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
c. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikit Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.

bayaran balik PTPTN dan dapatkan diskaun sehingga 15%

Perlu diingat bahawa insentif-insentif di atas  berkuat kuasa dari 22 October 2016 hingga 31 Disember 2017 sahaja. Sila rujuk https://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017 untuk maklumat lanjut

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membuat pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat berkata bahawa insentif ini adalah melibatkan diskaun 15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh pinjaman.

Sementara itu insentif lain ialah diskaun sebanyak 10% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% dari baki hutang dengan sekali bayaran.

Selain itu insentif 10% diskaun juga diberi untuk bayaran melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.

SEE ALSO: How To Check PTPTN Blacklist Name Online

Perdana Menteri, Najib yang juga adalah Menteri Kewangan Malaysia berkata demikian semasa membuat pembentangan bajet 2017 yang bertajuk “Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh”.

Kepada peminjam yang masih berhutang dengan pihak PTPTN, ini adalah peluang baik kepada anda untuk buat bayaran tahun ini. Semoha info mengenai cara bayaran balik PTPTN online ini bermanfaat kepada anda.