Rabu, 13 Jun 2018

Gambar Kesungguhan Seorang Kanak-kanak Belajar Mengenal Erti Hidup Belajar Dari Kesusahan

Gambar kesungguhan seorang kanak-kanak untuk belajar mengenal erti hidup belajar dari kesusahan ini antara gambar yang paling banyak diviralkan baru-baru ini di Facebook page Pesta Kaamatan Ranau.
Dari gambar ini kelihatan seorang kanak-kanak sedang menjual sayur dan halia di tengah panas. Kesungguhan dan kegigihannya ini mendapat pujian dan sanjungan dari ramai netizen dan gambar ini semasa artikel ini ditulis telah di share sebenyak 89 kali.

Melihat komen-komen yang ada di page tersebut rata netizen kagum dan memuji semangat kanak-kanak ini belajar mengenal erti hidup dari kesusahan. Di kala kanak-kanak lain sibuk bermain dengan pelbagai gadget dan permainan terkini, kanak-kanak ini pula berusahan membantu keluarga.

Gambar ini boleh diperlihatkan kepada anak-anak kita supaya boleh menjadi teladan kepada mereka nanti. 

Semangat seperti ini sebenarnya yang perlu ada dan kita terapkan kepada kanak-kanak sekarang ini supaya mereka mempunyai jati diri dan daya saing yang tinggi pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Adakah anda rasa informasi ini bermanfaat? Jika YA mohon share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Sila komen secara berhemah. Terima Kasih