Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM

Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM. Maklumat ini amat penting untuk para pelajar matrikulasi KPM. Jika anda kurang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan semester anda anda bolehlah membuat permohonan rayuan semakan keputusan peperiksaan semester Program Matrikulasi KPM anda.

Untuk membuat permohonan anda bolehlah ikuti langkah-langkah seperti yang dikeluarkan oleh pihak KPM di bawah.

1. Calon yang ingin memohon semak semula keputusan PSPM hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya atau melayari laman web di alamat http://www.moe.gov.my

2. Permohonan semak semula adalah bagi keputusan PSPM Semester II & IV, Sesi 2017/2018 sahaja.

3. Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Semester II & IV, Sesi 2017/2018 BMKPM/SS/PSPM perlu diisi dalam dua (2) salinan dan hendaklah dihantar secara terus ke alamat seperti berikut:

Pn. Nor Fadhilah Yanti bte Abdul Manaff
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

4. Setiap mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian) adalah seperti yang tertera pada borang permohonan semak semula keputusan peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.

5. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima. Wang Pos/Bank Draf hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan.

6. Borang permohonan yang lengkap berserta bayaran yang mencukupi hendaklah tiba di Bahagian Matrikulasi dalam tempoh dua (2) minggu (termasuk cuti umum dan cuti hujung minggu) selepas keputusan diumumkan iaitu sebelum jam 4.00 petang 26 Jun 2018.

7. Borang permohonan yang tidak lengkap (maklumat tidak lengkap/ bayaran tidak mencukupi) tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada pemohon.

8. Sebarang permohonan yang tiba selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

9. Keputusan semak semula akan diumumkan pada 12 Julai 2018 melalui emel pemohon seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan masing-masing.

10. Keputusan semak semula yang diumumkan adalah muktamad.

11. Muat turun borang di SINI.

Semoga perkongsian mengenai  Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi KPM ini bermanfaat kepada anda.