Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018.  Sila rujuk kenyataan media dari KPM ini untuk panduan dan maklumat lanjut anda.

Peperiksaan SPM tahun ini akan berlangsung dari 25 – 27 June 2018. Seramai 11,057 calon telah mendaftar tahun ini untuk menduduki SPMU di 213 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara.

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPMU tahun ini dikehendaki merujuk kepada jadual peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan-arahan yang berkaitan.

Semoga perkongsian Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.