Jumaat, 22 Jun 2018

Adakah Anda Setuju Polisi 'No Exam' Dan 'No Test' Untuk Tadika Dan Prasekolah?

Adakah Anda Setuju Polisi 'No Exam' Dan 'No Test' Untuk Tadika Dan Prasekolah? Baru-baru ini timbul perdebatan umum mengenai apakah perlu diadakan peperiksaan (exam) atau test untuk pelajar di peringkat Tadika dan Prasekolah. Ada yang menyokong dan ada yang kurang menyokong.

Golongan yang menyokong perlu adanya peperiksaan kerana peperiksaan adalah alat untuk mengukur prestasi murid dan menguji tahap pemahaman pelajar tentang topik-topik atau mata pelajaran yang telah dipelajari.
Golongan yang tidak menyokong adanya peperiksaan di peringkat tadika atau prasekolah pula berpendapat ianya terlalu awal, menekan pelajar dan peperiksaan tidak mengambarkan tahap/prestasi sebenar seseorang pelajar kerana setiap pelajar/individu itu adalah berbeza minat dan kecenderungan. Justeru pada tahap tadika atau prasekolah, peringkat ini digunakan sepenuhnya untuk mengenal pasti minat, kecenderungan dan kelemahan pelajar-pelajar untuk menjadi panduan cara pembelajaran mereka pada masa akan datang.

Cikgu Shamizan Shafea ada membincangkan perkara ini mengenai tiada keperluan adanya peperiksaan atau test di peringkat Tadika dan Prasekolah. Di bawah dipetik pendapat yang ditulis oleh beliau.

KPM telah menegaskan tiada exam dalam tadika dan prasekolah..montessori juga menekankan "NO EXAM" "NO TEST".

Kenapa perlu mengadakan exam?apa yang diuji? Adakah ujian yang diberikan mengambil kira keseluruhan perkembangan kanak2? 

Jawapan standard:
1. Exam sebab nk tau tahap perkembangan murid
2. Kehendak ibu bapa
3. Mengredkan dan memberi ranking kepada murid (dapat no brape dan brape markah?)
4. Akhir tahun ada anugerah kecemerlangan dan prestasi
5. Tadika lain ada exam.. . Tadika saya pun nak buat juga (ikutan)

KPM telah menyatakan kanak-kanak pada peringkat prasekolah dan tadika akan ditaksirkan menggunakan PENTAKSIRAN..

Apa itu pentaksiran? Kenapa perlu pentaksiran? Sesuai ke pentaksiran? Macam mana nk menggredkan murid melalui pentaksiran?

Pentaksiran ialah 1 proses untuk mendapatkan dan mengumpulkan maklumat berkaitan tahap perkembangan murid.

Pentaksiran dilakukan secara berterusan (iaitu sepanjang tahun) melalui PEMERHATIAN..

Pentaksiran BUKAN bertujuan menggredkan dan membandingkan murid tetapi bertujuan mengenal pasti keberkesanan pdpc dan kelemahan murid..apabila kelemahan murid dikesan, guru akan mengambil tindakan susulan seperti aktiviti pemulihan dan pengukuhan.. Kelemahan pengajaran guru juga boleh dikesan..

PEMERHATIAN???? Kenapa perlu pemerhatian??buang masa.. X sesuai.. Buang tenaga..
Pemerhatian dilakukan kepada murid pada setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid.. Melalui pemerhatian lah guru akan dapat mengenali siapakah muridnya dari segenap sudut..

Ada murid yang tidak berminat bersosial, ada murid hanya diam, tidak berminat kepada aktiviti, tidak boleh menyelesaikan tugasan..

Dari sinilah para guru akan cuba memperbaiki kekurangan dan kelemahan murid..
PENTAKSIRAN dilakukan kepada semua aspek perkembangan...fizikal, rohani, intelek, sosial dan emosi.. Merangkumi kognitif, IQ dan EQ murid..

Sekiranya dalam exam, aspek yang manakah yang diberikan penekanan? Hanya intelek semata2..fizikal?? Sosial?? Emosi??

Pemerhatian dalam pentaksiran akan dilakukan kepada:
1. Interaksi dan sosial murid
2. Tingkah laku @ perwatakan murid
3. Hasil kerja murid (seni, projek, lembaran kerja dll)
4. Pertuturan
5. Dan lain-lain

Hasil pemerhatian akan direkodkan menggunakan pelbagai rekod seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan dan persampelan masa / peristiwa..

Setelah direkodkan tahap perkembangan murid, semua rekod akan disimpan di dalam portfolio murid dan dilakukan analisis.. Setelah dianalisis, guru akan melaporkan tahap perkembangan murid di dalam buku rekod pelaporan (rekod kemajuan) dan diserahkan kepada ibu bapa..

Sekian terima kasih.. Semoga dapat membantu..usah takut usah risau..apa yang nak dikejar sgt pada kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun.. Kembalikan hak kanak-kanak.. Belajar tanpa ada tekanan..belajar Melalui Bermain.. Main yang bermakna. .kalau setakat kemahiran membaca dan mengira di ambil kira, dimanakah kemenjadian murid..

Adakah kita mahu murid yang dilahirkan bijak dan cerdik, tetapi pada yang sama tidak mahu bersosial, tidak berdikari, tidak berakhlak, tidak menghormati guru dan ibu bapa..

Apa sebenarnya yang kita mahukan?? Kalau kita mahukan anak boleh membaca semata2..maka mereka hanya boleh membaca semata2 dengan meminggirkan pelbagai aspek perkembangan yang lain..

Saya tidak nafikan keperluan membaca pada masa sekarang.. Ibu bapa risau anak mereka akan ketinggalan dalam mata pelajaran.. Tetapi berapa ramai yang risau akan anak/murid tidak boleh berdikari, serba serbi tidak tahu, tiada kemahiran sosial dan lain2..

Renung-renungkan lah.. Saya bukan pakar.. Saya hanya insan biasa.. Memberi pandangan
Kredit kepada cikgu Shamizan Shafea jurulatih KSPK kebangsaan.

Semoga perkongsian mengenai isu  Adakah Anda Setuju Polisi 'No Exam' Dan 'No Test' Untuk Tadika Dan Prasekolah ini bermanfaat kepada para ibubapa untuk anak-anak kita kelak. Sila kongsikan artikel ini untuk renungan dan panduan kepada kawan-kawan anda.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sama-sama, rasanya ini persoalan atau perspectif yang mungkin juga jarang difikirkan oleh ibubapa dan juga sistem pendidikan kita di Malaysia.

      Padam

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.