Khamis, 12 Julai 2018

Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) 2018

Tawaran biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) 2018. Jika anda adalah anak kelahiran dari Negeri Sarawak tawaran biasiswa ini sangat baik untuk anda. Tawaran ini dibuka untuk permohonan sehingga 31 Julai 2018.
Biasiswa ini ditawarkan kepada para pelajar yang mempunyak kelayakan akademik yang semerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam negara dan juga ijazah lanjutan dalam negara dan juga luar negara bagi sesi pengajian 2018/2019.

Sebelum memohon, sila pastikan anda memahami syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Sarawak. Pastikan anda telah membaca syarat permohonan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan biasiswa ini.

Borang yang telah dilengkapkan/lengkap diisi mestilah dikirim kepada Yayasan Sarawak menggunakan alamat di bawah. Anda juga boleh menghubungi mereka jika perlukan maklumat lanjut mengenai biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) 2018.

Seksyen Biasiswa
Yayasan Sarawak
Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 KUCHING.

Hubungi

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-
SEKSYEN BIASISWA
Talian Pejabat : (082) 441686 Faks : (082) 440023

Untuk membuat/download borang permohonan layari http://www.yayasansarawak.org.my/

Semoga perkongsian mengenai tawaran biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsi maklumat ini dengan kawan-kawan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Adakah anda rasa informasi ini bermanfaat? Jika YA mohon share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Sila komen secara berhemah. Terima Kasih