Cara Menolak Wang Pendahuluan PTPTN - Apa Yang Perlu Anda Buat?

Cara menolak Wang Pendahuluan PTPTN (WPP). Ramai yang tanya soalan ini 'macam mana nak tolak wang WPP?' Pelajar tersebut mungkin menerima surat pemberitahuan dari pihak PTPTN atau setelah membuat semakan mereka mendapat WPP dan mungkin tidak memerlukannya kerana tidak mahu berhutang dengan PTPTN atau tidak meneruskan pengajian mereka ke IPTA atas alasan-alasan mereka sendiri.
So macam mana nak tolak wang WPP tu? Sebenarnya senang sahaja. Pihak PTPTN ada mengeluarkan kenyataan mengenai hal cara menolak Wang Pendahuluan PTPTN ini.

Menurut pihak PTPTN jika anda hendak menolak WPP, apa yang perlu anda buat ialah 'JANGAN TUNAIKAN' surat tawaran WPP itu.

Dalam kata lain... buat tak tahu je. Biarkan tawaran ini jangan usik apa lagi menunaikannya di Bank Islam.
PELAJAR yang membatalkan hasrat untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas beroleh tawaran, diingatkan supaya tidak menunaikan waran wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masing-masing.  
Pengerusi PTPTN, berkata, kesulitan akan timbul sekiranya pelajar didapati menunaikan waran tersebut tetapi tidak melanjutkan pelajaran ke IPTA sebaliknya memilih ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
So di sini jelas, jika tak nak WPP tu dan mendapati anda dapat tawaran WPP maka apa yang perlu anda buat ialah buat tak tahu / jangan tunaikan tawaran (waran) itu.


Semoga info ini bermanfaat kepada anda.

SUMBER/LINK PENTING 

Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.
SOALAN PEPERIKSAAN TAHUN-TAHUN LEPAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.