Wang Pendahuluan PTPTN Semakan Online

Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) semakan online. Adakah anda ada memohon Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN? Jika ada anda harus tahu bahawa semakan keputusan WPP boleh dibuat online. Ianya lebih mudah dan pantas.

Cuba mohon biasiswa untuk pelajar Malaysia >> DI SINI

Pihak PTPTN ada menyediakan postal khas di mana anda boleh membuat semakan wang pendahuluan PTPTN atau lebih dikenali juga sebagai WPP online.

semakan wang pendahuluan PTPTN online

Untuk membuat semakan wang pendahuluan PTPTN online anda tidak perlu lagi terpaksa melawat ke pejabat atau kaunter perkhidmatan PTPTN. Anda boleh lakukannya secara online. Anda tidak perlu melawat/pergi ke pejabat PTPTN yang akan memakan masa, kos dan tenaga anda.

Apakah Wang Pendahuluan PTPTN?

Sebelum anda membuat semakan wang pendahuluan PTPTN mungkin ada yang tidak tahu apa itu Wang Pendahuluan PTPTN (WPP).

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

a. Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:
b. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
c. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
d. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
e. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
f. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

* Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Sila layari artikel kami terdahulu mengenai cara memohon WPP untuk rujukan anda yang berminat memohon WPP.

PTPTN biasanya memberikan tawaran WPP kepada pelajar IPTA dan Politeknik, tujuannya ialah untuk meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh para ibubapa dan pelajar.

Berapa jumlah tawaran WPP?

PTPTN akan menawarkan WPP sebanyak RM1,500 kepada pelajar IPTA dan Politeknik. Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun kepada pelajar yang akan membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Anda haruslah rebut peluang ini.

Pemohon yang berjaya mendapat WPP boleh download dan mencetak surat tawaran dari laman web site rasmi PTPTN dan boleh ditunaikan di mana-mana kaunter cawangan Bank Islam sahaja dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelulusan/tawaran.

Anda boleh buat semakan WPP secara online melalui laman website rasmi yang disediakan oleh pihak PTPTN.

Semoga perkongsian maklumat mengenai semakan wang pendahuluan PTPTN  ini bermanfaat. Mohon like dan share info ini.