Syarat Kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Ada sesiapa yang bercadang untuk mengikuti pengajian di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Malaysia? Jika anda berminat untuk memasuki ILKA anda boleh membuat permohonan online untuk program latihan kemahiran di kolej-kolej ILKA di seluruh negara. Walau bagaimana pun sebelum anda memohon ada baiknya anda baca dengan teliti syarat kemasukan ke Institut Latihan Kemahiran Awam.

Tidak seperti memasuki Universiti Awam (UA) yang memerlukan pencapaian akademik yang cemerlang, memasuki pengajian kemahiran di ILKA agak mudah kerana syarat utamanya ialah kesanggupan anda ikut kursus dan minat dengan kursus kemahiran tersebut.

Program ILKA ini sesuai kepada mereka yang suka dengan kerja-kerja kemahiran dan boleh digunakan untuk cari kerja atau berniaga sendiri.

Secara amnya senarai di bawah adalah syarat asas kemasukan ke ILKA yang pelajar perlu ada. Ianya kami kongsikan untuk menjadi panduan asas anda.

Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:

a. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM
b. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
c. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
d. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian/ kursus dipohon
e. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
f. Memenuhi syarat khas program pengajian/ kursus seperti yang ditetapkan oleh Agensi/ Institusi
g. Program pengajian/ kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan
h. Bilangan tempat yang disediakan oleh Agensi/ Institusi

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci anda boleh menghubungi pihak ILKA secara terus.

Semoga bermanfaat.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.