Syarat Kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam atau lebih dikenali sebagai ILKA untuk panduan dan rujukan pelajar. Ada sesiapa yang bercadang untuk mengikuti pengajian di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Malaysia?. Jika anda berminat wajib anda membaca dengan teliti maklumat syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam supaya anda boleh membuat permohonan dengan lebih berkesan. 

Jika anda berminat untuk memasuki ILKA anda boleh mengemukakan permohonan melalui sistem permohonan online untuk program latihan kemahiran di kolej-kolej ILKA di seluruh negara. Walau bagaimana pun sebelum anda memohon ada baiknya anda baca dengan teliti syarat kemasukan ke Institut Latihan Kemahiran Awam.

kemasukan institut kemahiran awam malaysia ILKA

Tidak seperti memasuki Universiti Awam (UA) yang memerlukan pencapaian akademik yang cemerlang, memasuki pengajian kemahiran di ILKA agak mudah kerana syarat utamanya ialah kesanggupan anda ikut kursus dan minat dengan kursus kemahiran tersebut. Jika anda lulus SPM (layak mendapat sijil) dan terdapat kursus di ILKA yang menepati minat anda, anda bolehlah cuma memohon.

Program ILKA ini sesuai kepada mereka yang suka dengan kerja-kerja kemahiran dan boleh digunakan untuk cari kerja atau berniaga sendiri. Kebanyakan pelajar yang tamat latihan di ILKA akan menceburi bidang perniagaan yang sesuai dengan kemahiran yang telah mereka pelajari.

Secara amnya senarai di bawah adalah syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam yang pelajar perlu ada. Ianya kami kongsikan untuk menjadi panduan asas anda.

Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:

a. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM
b. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
c. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
d. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian/ kursus dipohon
e. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
f. Memenuhi syarat khas program pengajian/ kursus seperti yang ditetapkan oleh Agensi/ Institusi
g. Program pengajian/ kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan
h. Bilangan tempat yang disediakan oleh Agensi/ Institusi

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci anda boleh menghubungi pihak ILKA secara terus. Layari laman website rasmi ILKA untuk mendapatkan maklumat perhubungan mereka.

Semoga perkongsian mengenai syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam – ILKA ini bermanfaat.