Memaparkan catatan dengan label Career And Job Vacancies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Career And Job Vacancies. Papar semua catatan

Isnin, 19 November 2018

2:29 PTG

Peluang KERJAYA Dalam BIDANG KULINARI Di Malaysia

[UPDATED: 19 Nov 2018]Saban hari Malaysia menyaksikan bidang kulinari semakin mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran kian berkembang pesat bahkan permintaan terhadap bidang kerja chef juga semakin meningkat dari hari ke hari. Bidang ini ibarat pembuka selera bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang masakan atau bagi mereka yang menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang chef yang terkemuka suatu hari nanti. 

Peluang kerjaya dalam bidang seni kulinari di Malaysia

Pekerjaan sebagai seorang chef sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort. Selain itu, chef juga berpeluang meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar. 

Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya sebagai seorang chef sangat dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluang bertugas di hotel lima bintang yang terletak di lokasi percutian idaman ramai. Jika individu itu boleh bekerja di bawah tekanan, melakukan beberapa tugasan dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan, bijak menggunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan juadah yang kelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayur-sayuran dan memahami rantai pemakanan dengan baik, kerja chef pastinya bersesuaian dengan individu terbabit. 

Jika di negara maju seperti Britain, lebih 520,000 orang bekerja dalam industri restoran dan kebanyakannya berumur bawah 30 tahun. Setiap tahun, terdapat sekitar 30,000 kekosongan dan ini membuka peluang buat  mereka yang minat dalam bidang masakan dan seni kulinari untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.


Di sampaing itu, industri kulinari, perhotelan dan pelancongan juga merupakan antara penyumbang kedua terbesar kepada perdagangan luar (perolehan pertukaran asing) dan KDNK. Industri ini bersifat intensif buruh dan pasarannya pelbagai. 

Bidang ini juga sangat memerlukan pekerja yang terlatih untuk memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan. Lulusan bidang ini layak bekerja di industri perkhidmatan yang berkaitan. Antara institusi yang menawarkan bidang kulinari adalah seperti Kolej Vokasional, SG Academy, Kolej Komuniti Selayang, Food Institute of Malaysia, Kolej Universiti Insaniah, Kolej PTPL, Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas dan banyak lagi.

Matlamat bidang ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan profesional dalam bidang hospitaliti, pelancongan dan seni kulinari yang beretika, berkebolehan, mampu bersaing serta sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, bidang kulinari ini juga disajikan dengan pelbagai kelengkapan kemahiran yang sesuai dengan permintaan industri masa kini. 

Graduan dari bidang ini juga mampu bekerja dalam berbagai-bagai sektor seperti sektor perkhidmatan, pelancongan, hospitaliti, dan kulinari yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan berterusan industri dengan menggunakan keupayaan perancangan taktikal dan strategik.

Antara hasil pembelajaran bagi graduan peringkat sijil adalah berupaya menyediakan dan menghasilkan sajian mengikut piawaian atau penanda aras yang dikehendaki, seterusnya mengikuti pembelajaran di tempat kerja untuk peningkatan kerjaya atau pendidikan pada masa hadapan. 

Manakala, hasil pembelajaran bagi graduan peringkat diploma pula adalah mereka mampu untuk merancang, mengguna, melaksanakan dan menyelia tugasan yang diberikan, di samping berupaya memperkukuh diri melalui pembelajaran seumur hidup sekaligus memperkukuh kualiti industri melalui latihan dan pembangunan. 

Selain itu, mereka juga telah dilatih agar berupaya mempamerkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan serta  mengamalkan sistem keselamatan, kawalan kebersihan dan kebersihan makanan pada tahap yang maksimum. Bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, graduan dari bidang kulinari ini semestinya  menjalankan pelbagai fungsi pengurusan dalam operasi dapur, menjalankan penyelidikan jawatan  kemajuan kerjaya dalam industri, menggunakan dan menilai semula prinsip dan kemahiran pengurusan dalam industri serta mengenal pasti kepelbagaian jenis kebudayaan.

Antara cabaran yang bakal dihadapi bagi mereka yang mengambil kos ini adalah kekurangan tenaga pengajar yang pakar serta berkemahiran. Hal ini kerana industri ini boleh dikategorikan sebagai industri baru dan sedang berkembang serta masih memerlukan proses penambahbaikan yang berterusan. 

Secara umumnya, masyarakat melihat bidang pengajian ini hanya tertumpu dalam aspek kemahiran semata-mata dan kurang menekankan aspek akademik. Memandangkan bidang ini merupakan bidang yang masih baru di Malaysia, maka di sinilah wujud peranan bersama dalam usaha untuk memupuk nilai positif berkaitan dengan bidang kulinari ini serta memberi kefahaman yang sebenar terhadap masyarakat tentang faedah memilih prospek ini. 
Antara cabaran lain adalah pulangan pelaburan yang rendah dan lambat, tambahan pula pakej gaji yang disediakan tidak dapat menampung serta mengekalkan staf yang berpengalaman dan mahir. Keadaan industri serta kemajuan ekonomi yang sentiasa turun naik juga sangat mempengaruhi ketidakstabilan dalam pekerjaan ini.

Konklusinya, tugasan dalam bidang kulinari ini juga agak mencabar dari segi penyediaan menu, bertanggungjawab kepada soal pengurusan dapur, menjaga kualiti makanan  serta tidak boleh tidak mereka perlu bersifat kreatif dan inovasi dalam melayan citarasa dan kehendak para pelanggan

Khamis, 19 Julai 2018

1:10 PTG

Application Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Online

The Manpower Department Training Institute (ILJTM) was established to prepare and implement a program of pre-employment skills training to meet the needs of the country's industrial sector.
The main objective is to produce ILJTM optimum manpower through industrial skills training programs. ILJTM consists of:
* 22 Industrial Training Institutes (ITIs) that offer certificate programs and advanced certificates
* 5 Technology Training Centers (ADTEC) offering the program Diploma and Advanced Diploma
* A Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI) which also offers the Diploma and Advanced Diploma.
   
Intake at ILJTMs is two times a year, in January and July. Announcement is usually made in March and September. For January and July admissions application must be made ​​through the website JTM

Facility

i. Certificate Program - tuition fees, accomodation, food and drinks are free. Allowance of RM100 - RM300 a month during training industry
ii. Diploma & Advanced Diploma Program - Education loans from Loan Fund Corporation Skills (PTPTK)
iii. For the disabled - as well as certificate programmes likewise have subsidy allowance of RM300 per month
   
How to apply

* Applications should be made at Online ILJTM only
* No pin or unique ID number required
* Those who do not get any response within 3 months after the closing date are considered unsuccessful

For additional questions, please contact

Training Management Division,
Department of Manpower,
Level 6, Block D4, Parcel D,
Federal Government Administrative Centre,
62530
Phone: 03-8886 5555
Fax: 03-8889 2417
Email: jtm@mohr.gov.my

Rabu, 27 Jun 2018

5:09 PTG

Jawatan Kosong Pensyarah Bahasa Inggeris di ELTC

Jawatan kosong pensyarah Bahasa Inggeris di ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE MALAYSIA (ELTC). Kekosongan jawatan ini telah diiklankan di portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sehingga artikel ini dikongsikan, jawatan itu masih belum ditutup.

Terdapat 8 kekosongan jawatan sebagai pensyarah ditawarkan kepada individu yang berminat dan berkelayakan untuk memohon.
Sila download iklan kekosongan jawatan Pensyarah Bahasa Inggeris di ELTC di SINI.

Jika anda berminat dan ingin memohon sila pastikan permohonan anda sampai sebelum 30 June 2018 di alamat seperti di bawah.

THE DIRECTOR
ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI
LEBOH ENSTEK
71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

Borang permohonan jawatan pensyarah Bahasa Inggeris di ELTC boleh didownload melalui link ini >>> Borang Permohonan Pensyarah ELTC 2018

Diharapkan perkongsian mengenai jawatan kosong pensyarah Bahasa Inggeris di ELTC ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Selasa, 2 Januari 2018

12:08 PTG

Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DG44 (KUP) di Sekolah Dalam Hospital

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DG44 (KUP) di Sekolah Dalam Hospital .
Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DG44 (KUP) di Sekolah Dalam Hospital

Permohonan dipelawa daripada mereka yang layak dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di atas seperti mana yang diiklankan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kepada mereka yang berminat dan layak anda boleh terus menghantar permohonan. Sila rujuk iklan yang disiarkan di laman portal KPM.

Semoga berjaya !

Isnin, 7 Ogos 2017

Jumaat, 21 Julai 2017

10:50 PG

Prospek KERJAYA Untuk DIPLOMA PERHOTELAN Di MALAYSIA

Fungsi industri perhotelan adalah untuk membekalkan tempat kediaman bersifat sementara buat para pengunjung atau pelancong tidak kira dari dalam ataupun luar negara. Berdasarkan statistik yang diambil daripada Malaysian Association of Hotels (2013) mengenai jumlah hotel yang berdaftar di seluruh negara, sebanyak 2445 hotel berdaftar (163194  bilik) telah beroperasi di seluruh negara. Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia membolehkan pertambahan bilangan pelancong dari luar negara datang ke Malaysia. Hal ini sekaligus, meningkatkan jumlah pelancong untuk mendiami hotel yang sedia ada dalam jangka masa yang pendek.

Isnin, 10 Julai 2017

10:58 PG

Kursus DIPLOMA SENI KULINARI Di POLITEKNIK

Fenomena industri hospitaliti, pelancongan dan kulinari adalah seusia dengan sejarah manusia itu sendiri. Mengikut sejarah dalam industri, pengurusan, kemahiran hospitaliti, dan kulinari diperolehi melalui program perantisan. Program hospitaliti, pelancongan dan kulinari tidak dianggap sebagai program pendidikan tinggi sehingga 1922.

Khamis, 1 Jun 2017

Khamis, 5 Januari 2017

10:59 PG

Biasiswa Diploma Kejururawatan (Nursing) UTAR

Biasiswa Diploma Kejururawatan (nursiing) UTAR - Yayasan Pendidikan UTAR ingin menubuhkan sebuah hospital pakar swasta di dalam kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar, Perak. Penubuhan hospital ini akan memenuhi keperluan perubatan tempatan dari bandar Kampar, pelajar-pelajar serta kakitangan kampus UTAR sendiri dan juga untuk seluruh Negeri Perak.

Rabu, 9 November 2016

1:24 PTG

Mencari Penulis Artikel Blog Di Malaysia

Mencari penulis artikel untuk blog di Malaysia. Jika anda rakyat Malaysia, mempunyai masa terluang yang banyak dan minat menulis, anda adalah orang yang sedang kami cari untuk menjadi freelance penulis blog, artikel kami. Kami memerlukan penulis artikel untuk blog/website. Artikel anda harus senang difahami dan seronok dibaca oleh pembaca dan mesti disertai sumber yang jelas.

Selasa, 8 November 2016

Khamis, 3 November 2016

10:53 PG

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH / NAZIR SEKOLAH

Jawatan kosong Penolong Pengarah / Nazir sekolah di Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pegawai-pegawai yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pengarah / Nazir Sekolah di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Isnin, 21 Mac 2016

12:07 PTG

How to make yourself (jobless grads) employable in Malaysia

Despite the fact that most young job seekers struggle to find work, those who are willing to adapt and enhance their soft skills will have better outcomes awaiting them. It used to be that there would already be jobs lined up for you once you’ve stepped out of university. Nowadays though, employment is no longer guaranteed, even with having a degree.

Selasa, 27 Oktober 2015

3:01 PTG

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM. UiTM invites Malaysian Bumiputera candidates who are dynamic and want to build a career in teaching and research and has the necessary qualifications to apply for scholarships under the Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2016 programme.

Selasa, 14 Julai 2015

Khamis, 25 Jun 2015

11:11 PG

Tourist Guide Course In Malaysia

Are you looking for a tourist guide course in Malaysia? Tourist guide course in Malaysia is available in many colleges throughout the country. It is also available at Travex International College in Kuala Lumpur. Tourism is a booming industry and there are still huge potential and it is still not fully developed in Malaysia.

Sabtu, 16 Mei 2015