Pendaftaran Peperiksaan STPM

Ramai pelajar yang nak ambil peperiksaan STPM tahun ini. Pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setiap tahun dibuka biasanya awal tahun.

Kalau nak daftar, kena rajin-rajin semak info dengan pihak sekolah atau ke laman website rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Peperiksaan untuk peringkat STPM ini mereka yang atur. Pendaftaran ini adalah untuk mereka yang bercadang untuk mengambil STPM pada hujung tahun ini.

Pendaftaran peperiksaan STPM ini diuruskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon-calon sekolah, guru kelas anda biasanya akan sentiasa beri maklumat.

Yang ambil peperiksaan persendirian itu yang kena rajin cari info ya!

Pendaftaran STPM

  • Pendaftaran peperiksaan STPM perlu dilakukan secara online melalui laman web MPM di Sistem Pendaftaran Online.
  • Di laman website rasmi MPM ada semua maklumat penting termasuk penjelasan syarat-syarat ambil peperiksaan STPM.
  • Perdaftaran online ini perlu didahului dengan pembayaran yuran asas dan mata pelajaran secara:
    Perbankan internet menggunakan akaun bank atau kad kredit, ATAU
    Pembelian nombor Pin MEC di BSN

Pembetulan Maklumat

Sebarang pindaan atau pembetulan maklumat selepas pendaftaran dibuat hanya dibenarkan sebanyak 2 kali sahaja.

Kadar Bayaran STPM

Berikut adalah bayaran yang dikenakan untuk peperiksaan STPM:

  • Bayaran asas RM 55.00
  • Bayaran untuk 1 mata pelajaran RM 35.00
  • Pembelian nombor Pin MEC RM 1.00

Kadar bayaran ini pun mungkin akan berubah dari masa ke semasa. Bagilah diri anda sedikit masa semak semua maklumat sebelum buat pendaftaran.

Semakan Status Pendaftaran

Majlis Peperiksaan Malaysia tidak akan mengeluarkan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC). Calon perlu menyemak sendiri status pendaftaran dan mencetak LPKC melalui laman web MPM atau secara SMS pada bulan Jun nanti.

Tarikh Peperiksaan STPM 2011

Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Awam 2011 untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan STPM tahun ini

Maklumat

  • Sila rujuk laman web MPM dan iklan pendaftaran STPM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Rujuk juga kategori STPM dan Tingkatan 6 di ePutra sebagai panduan tambahan.
  • Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai pendaftaran peperiksaan STPM, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6137 2413 atau e-mel online@mpm.edu.my

Kepada anda yang ambil peperiksaan STPM tahun ini kami ucapkan semoga berjaya!