Pinjaman Pendidikan MARA 2012

Kepada para pelajar yang sedang ternanti-nanti untuk Pinjaman Pendidikan MARA 2012, anda kini boleh membuat permohonan. Pinjaman pelajaran MARA 2012 ini telah dibuka kepada pelajar yang layak dan berminat untuk sesi pengajian bermula 2012.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.

Institusi Pengajian
Institusi – institusi pengajian yang diluluskan oleh pihak MARA sahaja akan diberikan keutamaan.  Senarai penuh institusi-institusi pengajian tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.

Permohonan
Calon-calon yang berminat boleh memohon Pinjaman Pelajaran MARA secara maya atau pun secara manual. Kepada mereka-mereka yang memilih untuk memohon secara maya, sila lawati EduLoan.

Permohonan secara manual boleh dibuat dengan muat turun borang permohonan di EduLoan (ruangan eform). Borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan pinjaman MARA ini akan ditutup pada 15 Februari 2012.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
Bahagian Penganjuran Pelajaran,Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854