Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Kepada anda yang berminat untuk berkerjaya dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan , berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti berikut:

1) KETERANGAN PROGRAM

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah :
a. Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
    (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
b. Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
    (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

Mod Kursus : Sepenuh Masa

READ ALSO: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

2) STRUKTUR PROGRAM
– Program Persediaan (18 Bulan/ 3 Semester)
– Program Ijazah (4 Tahun/ 8 Semester)

3) SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
– Warganegara Malaysia.
– Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
– Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
– Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
– Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan  memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa lnggeris.

4) SYARAT TAMBAHAN
Lulusan Unfield Examination Certificate
– Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepuiian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).

Lulusan Sijil Menengah Agama(SMA) atau Sijil Menengah Ugama(SMU)

– Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya 3 kepujian (JAYYID) di peringkat SMA atau SMU.

5) PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian(Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

a. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerain Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
b. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 18 bulan/ 3 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
c. Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pergurusan selamat 4 tahun/8 semester di Institusi Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
d. Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan Mesti LULUS dalam 3 mata pelajaran iaitu, Bahasa Melayu Komunikasi, Sejarah dan Pendidikan Moral.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

a. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di lnstitut Pendidikan Guru (lPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah
b. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 18 bulan/ 3 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
c. Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program ijazah Sariana Muda Perguruan selama 4 tahun/ 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
d. Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam 3 mata pelajaran iaitu, Pendidikan al-Quran & al-Sunnah, Sejarah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

6) CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 23 April 2012.
2. Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh Negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 23 April 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbangkan Internet Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpangan Nasional.
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang penkhususan dan gred minimum serta kalender aktiviti sebelum membuat pemohonan.
4. Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja
5. Calon boleh menggunakan PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7) TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 2 MEI 2012 (RABU, JAM 11.59 MALAM)

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTABIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PENGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03-88841260/1249/1246/1242/1245

URUS SETIA BAHAGIA PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH.
NO. TELEFON: 088-236804

URUS SETIA BAHAGIA PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE
93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045