Kata ganti nama `dia’ atau `beliau’

Siri belajar Bahasa Melayu kali ini ialah mengenai penggunaan kata ganti nama ‘dia’ atau ‘beliau’. Berikut ialah soalan dan jawapan dari Cikgu Abdul Ghalib Yunus.

Soalan:
Cikgu.
Apakah kesalahan ayat yang berikut  ini :
(1) Dialah yang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
” Adakah kesalahannya ialah pengunaan “-lah”?Sekiranya perkataan “kepada” ditukar menjadi “bagi”,adakah ayat ini gramatis?Terima kasih.

Daripada:
Jacobs

Jawaban:
Ayat di atas betul tetapi penggunaan kata ganti nama `dia’ tidak tepat. Kata ganti nama yang sesuai ialah `beliau’. Kata ganti `beliau’  digunakan untuk orang yang dihormati. Dalam hal ini, orang yang menyampaikan hadiah biasanya orang yang dihormati,

Penggunaan partikel `-lah’  dalam ayat tersebut betul kerana ayat tersebut merupakan ayat soangsang. Ayat tersebut berasal daripada ayat yang berikut:

1(a) Yang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah beliau.

Subjek ayat di atas ialah `Yang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ‘, manakala presikatnya ialah `beliau’. Apabila disongsangkan, partikel ` -lah’  perlu diletakkan untuk membezakan frasa nama dengan klausa relatif.

Kata sendi nama `kepada’ pula tidak perlu ditukarkan kepada kata sendi nama `bagi’ atau  `untuk’ kerana objek dalam ayat ini, iaitu hadiah bergerak.