Perkataan yang berawalan ‘per-‘

Siri belajar Bahasa Melayu dengan betul sebagai panduan pelajar kali ini ialah mengenai perkara di bawah

Perkataan yang berawalan ‘per-‘
Soalan:

Cikgu,saya agak keliru dengan pengunaan imbuhan awalan “per-“. Terdapat buku tatabahasa Melayu yang mengatakan pengunaan “per-” ini hanya terhad dalam tiga patah kata (perburu,pertandang dan pertapa) yang ada hubungannya dengan kata-kata berawalan “ber-“.Namun, terdapat sumber yang memaparkan penggunaan “per-” ini digunakan apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf “b” dan “p”.Dalam keadaan ini, bagaimanakah kita hendak menjelaskan perkataan “perasap” yang tidak tergolong dalam mana-mana satu di atas? Saya berharap agar cikgu dapat memberikan penjelasan.

Terima kasih dahulu.
Drp: Jacob

Jawaban:

Pendapat yang mengatakan bahawa awalan per- hanya terhad kepada tiga patah kata tidak benar. Selain perburu, pertandang dan pertapa, wujud perkataan perucap, iaitu orang yang berucap. Perkataan `perasap’ juga tergolong sebagai perkataan yang berawalan per-. Namun demikian., perkataan ini merujuk benda, bukan orang. Selain perasap, wujud perkataan `perbara’. Tegasnya, perkataan yang berawalan per- lebih daripada tiga. Yang pasti ialah jumlah perkataan yang berawalan per- dalam bahasa Melayu tidak banyak.

Sumber: http://agy7500.blogspot.com