Bila Boleh Beli No PIN UPU 2015/2016

Bila boleh beli No. PIN UPU untuk sesi akademik 2015/2016? Persoalan ini adalah yang paling kerap ditanya oleh para pelajar kepada pihak kami.

Untuk menjawap persoalan ini kami telah menyemak dengan pihak BPKP JPT (UPU) dan maklumat mengenai pembelian No PIN atau No Unik/ID adalah seperti di bawah:

MAKLUMAN AWAL MENGENAI NO UNIK ID/NO. PIN BG SESI AKADEMIK 2015 :
1. Mulai Sesi Akademik 2015 TIADA lagi penjualan Nombor Unik ID secara Pukal. Pihak BPKP JPT akan menghantar pekeliling makluman kepada pihak sekolah.

2. Pemohon boleh membeli no. unik id/no. pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pemegang kad GIRO boleh membeli terus di mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA dibuka untuk capaian (**Tarikh tepat permohonan akan dimaklumkan kemudian).

2. Penjanaan Nombor Unik ID dikemaskini dengan penambahbaikan menggunakan hanya kategori bagi mengelaskan

Program Pengajian Lepasan seperti berikut :

a) Kategori A (RM 10.60):

merangkumi Lepasan SPM/Setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Sijil ILKA.

b) Kategori B (RM15.60) :

Merangkumi Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi Undang-undang, Lepasan STAM, Lepasan Diploma/Setaraf.

3. Catatan resit pembelian akan ditambah baik dengan penambahan tempoh sah laku Nombor Unik ID bagi tempoh setahun kalendar akademik tahun semasa. (cth: Sesi Akademik 2014/2015)

Kepada anda yang merancang untuk membeli No. PIN UPU anda dinasihatkan menunggu sehingga pekeliling dikeluarkan oleh pihak BPKP JPT (UPU).

Tarikh yang tepat belum ditentukan tetapi dijangka akan dikeluarkan dan boleh dibeli pada bulan Januari 2014 nanti. Kami akan update di webportal ini jika ada apa-apa maklumat lanjut atau terkini mengenai perkara ini. Sila share dengan rakan-rakan anda maklumat ini untuk kegunaan mereka kelak.