Permohonan Kolej Vokasional Dan SMT 2014

Kepada pelajar lepasan PMR 2013 yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan kemahiran anda boleh memilih untuk memasuki Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara.

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik kini telah dibuka.

Bagaimana Untuk Memohon?
Anda boleh menghantar permohonan dengan mudah melalui a sistem permohonan online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Sila buat permohonan ke Kolej Vokasional atau SMT melalui online di SINI

Syarat Umum

Berikut ialah syarat umum untuk memohon.
i. Anda mestilah warganegara Malaysia
ii. Tingkatan Tiga (PMR) Tahun 2013
iii. Sihat dan sesuai fizikal
iv. Bebas dari sebarang penyakit kronik

Tarikh Tutup Permohonan

Portal online untuk memohon telah dibuka sekarang.

Tarikh tutup permohonan: 25th December 2013

Memohonlah sekarang sebelum terlambat. Untuk pengetahuan anda keputusan peperikasan PMR 2013 dijangka akan diumumkan pada pukul 10.00am 19th December 2013.

Tentunya kepada yang berminat anda masih sempat untuk memohon selepas keputusan PMR diumumkan kelak.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan SMT

Manakala untuk membuat semakan keputusan permohonan anda boleh berbuat demikian melalui Semakan Keputusan Kolej Vokasional & SMT 2014