Kementerian Pendidikan Akan Menjadikan Tingkatan 6 Lebih Menarik Untuk Pelajar Pra-Universiti

Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) atau Tingkatan 6 (Form 6) akan melalui proses perubahan dan penambahbaikan pada masa terdekat ini.

Ini akan menjadikan STPM (Form 6) menjadi lebih menarik dan menjadi pilihan pelajar lepasan SPM.

Usaha ini terpaksa dilaksanakan kerana ramai berpendapat STPM tidak menarik dan kurang sambutan pada masa kini.

Dalam usaha ini berberapa sekolah akan dipilih untuk menguji pelaksanaan projek ini disamping menjalankan banyak program di sekolah-sekolah untuk memudahkan pelajar membuat pilihan yang betul untuk masa depan mereka.

Antara perubahan yang akan dibuat ialah mengasingkan pelajar Form 6 di bangunan sekolah yang berlainan dan juga guru yang berlainan dari sekolah menengah biasa.

Tahun ini sebanyak 109,000 permohonan diterima untuk hanya 28,000 tempat yang ditawarkan di peringkat matrikulasi.

Kementerian Pendidikan berharap mereka yang tidak terpilih akan memasuki Tingkatan 6 sebagai pilihan menjalankan pengajian pra-universiti mereka.