Teknik Belajar Sejarah SPM Cara Mudah Ringkas Dan Padat

Teknik belajar Sejarah SPM cara mudah, ringkas dan padat (student tips to study history) adalah topik kita pada kali ini. Ramai pelajar yang gagal subjek Sejarah kerana gagal memahami atau tidak mengetahui cara belajar Sejarah SPM yang berkesan. Memang terdapat banyak cara belajar subjek Sejarah SPM last minute yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan ged yang lebih baik untuk subjek ini. Untuk artikel kali ini kita akan cuba membawa anda memahami teknik belajar Sejarah SPM yang berkesan untuk membantu anda.

teknik belajar Sejarah SPM

Jika kita menonton wayang di panggung wayang atau membaca novel sering kali selepas itu kita dapat menceritakan semula secara amat terperinci jalan cerita wayang atau novel yang telah kita tonton atau baca. Malah kita juga dapat memberi ulasan dengan baik dan panjang.

Persoalannya mengapa tidak berlaku sedemikian untuk buku Sejarah? Ada berberapa faktor yang menyebabkan hal tersebut berlaku. Ini kerana kita tidak mengetahui cara menguasai Sejarah SPM. Jika kita mahir dengan cara belajar Sejarah SPM tentu pembelajaran akan menjadi lebih mudah.

Sebelum kita bercerita lanjut mengenai Teknik Belajar Sejarah SPM berikut ialah antara empat (4) factor yang menyebabkan kita  gagal untuk menghayati fakta sejarah berbanding cerita wayang atau novel.

1. Kisah Novel banyak berkisar jalan cerita terkini dan melibatkan peribadi sendiri dan kehidupan seharian kita. Sejarah pula adalah ulangan atau sorotan kembali cerita/fakta lama dan jalan cerita yang agak static berbanding novel. Apabila kita membaca novel kita seolah-olah salah seorang watak dan situasi-situasi yang menyentuh perasaan kita secara peribadi, tetapi tidak sedemikian terjadi kepada fakta sejarah. Ini menyebabkan kita cepat merasa bosan bila membaca buku sejarah.

2. Watak novel atau wayang yang mudah difahami kerana selari dengan kehidupan kita sehari-hari atau sekarang. Penggunaan bahasa dan ulasan menyentuh hati sering digunakan oleh pengarang untuk menghidupkan jalan cerita untuk sesebuah buku novel. Sejarah pula terdiri dari watak lama yang tiada dalam gambaran fikiran kita.

3. Remaja kita cenderung mengetahui kesudahan cerita sesebuah novel tetapi tidak kepada buku sejarah.

4. Novel menggunakan bahasa yang menyentuh hati, dan lebih ringkas manakalah Sejarah menggunakan bahasa yang standard.

Pendek kata, pelajar sering hilang minat membaca buku Sejarah kerana merasa bosan dengan cerita dan gaya bahasa yang digunakan berbanding novel

Teknik Belajar  Dan Mengingati Fakta Sejarah SPM

Masalah pelajar ialah cepat merasa bosan untuk membaca, memahami dan mengingat fakta sejarah sering menjadi punca mereka gagal atau mendapat gred yang kurang baik dalam peperiksaan subjek Sejarah untuk SPM. Perlu diingat bahawa baru-baru ini kerajaan telah membuat ketetapan bahawa subjek Sejarah adalah WAJIB LULUS untuk membuat pinjaman PTPTN (student study loan) jika anda belajar ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Ini menjadikan subjek Sejarah adalah salah satu matapelajaran yang amat penting.

Ada berberapa tips berkesan belajar Sejarah. Salah satunya ialah Teknik Mengingat Fakta Mata Pelajaran Sejarah yang dikongsikan oleh Cikgu Zamri Talib. Teknik yang disyorkan beliau ini adalah antara yang amat baik untuk dipraktikkan.

Menurut beliau untuk memudahkan pelajar mengingat fakta sejarah, pelajar-pelajar boleh dan harus membiasakan diri mencipta berberapa akronim untuk memudahkan kita mengingati fakta sejarah. Jika anda mahir membuat nota akronim Sejarah SPM seperti yang di bawah, anda hampir pasti mampu mengingat fakta-fakta Sejarah dengan mudah.

Beliau memberi berberapa contoh seperti di bawah:

Contoh Soalan: Apakah Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho?
Ciri-ciri Bandar Hwang Ho (Akronim P A T I) untuk pelajar ingat.
P – Pertanian / Pentadbiran
A – Anyang (Bandar)
T – Tembok (Bandar dikelilingi tembok)
I – Istana

Soalan: Apakah Sumbangan Hwang Ho (S Y A R A T)
S – Syurga (konsep anak syurga)
Y – Ying dan Yang (konsep Yin Yang)
A – Alam semesta
R – Roh nenek moyang (menyembah roh nenek moyang)
A – Arts of War
T – Terusan

Contoh yang lain ialah:

Soalan: Nyatakan proses pembentukan Tamadun Indus?
Pelajar harus ingat akronim P A S B N
P – Pertanian (peningkatan hasil pertanian)
A – Sumber Air
S – Tanah Subur
B – Bandar utama
N – Nomad (penduduk Nomad membentuk petempatan tetap)

Berberapa contoh lain ialah:

Soalan: Apakah cirri-ciri Negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka?
Pelajara boleh cipta dan ingat akronim seperti  L U H U R
L – Lambang-lambang
U – Undang-undang
H – Hukum kanun Melaka
U – Undang-undang laut Melaka
R – Rakyat (terdapatnya golongan rakyat jelata)

Soalan: Apakah antara cabaran-cabaran penting Globalisasi: M E D I K
M – Modal intelek
E – Ekonomi (Aspek ekonomi meyeberangi sempadan)
D – Dunia tanpa sempadan
I – ICT (kepentingan ICT)
K – K-Masyarakat (mewujudkan K-Masyarakatan)

Apakah Faedah Malaysia menyertai Komanwel 

Pelajar boleh mengingati akronim S A B A R
Sukan Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
Askar mendapat bantuan askar daripada Negara-negara komanwel yang lain semasa menghadapi ancaman PKM dan Konfrontasi dengan Indonesia
Biasiswa menerima bantuan Biasiswa melalui Rancangan Colombo
Aparthied mengutuk dasar Aparthied yang diamalkan oleh Afrika Selatan
Rumah menjadi tuan Rumah CHOGM

Tips atau strategi untuk score A untuk mata pelajaran Sejarah SPM

Jika ditanya ramai pelajar,  kebanyakan jawapan yang kita perolehi ialah mata pelajaran Sejarah adalah yang paling membosankan atau BORING. Walau bagaimanapun ada juga antara pelajar kita yang mampu dapatkan ‘Score A’ dalam subjek ini.

Apakah agaknya tips atau cara yang mereka gunakan untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah SPM? Berikut dapat kita rumuskan berberapa cara untuk score A bagi subjek ini.

a. Hargai dan hayati Sejarah

Albert Einstein selalu bercakap mengenai kepentingan ‘ilmu’. Jika kita menghayati dan menghargai ilmu ianya akan menjadi sebati dalam hidup dan minda kita. Kebolehan menghayati dan menghargai sejarah akan lebih memudahkan kita mengingati fakta sejarah.

b. Tanamkan Minat

Pernahkah anda meminati sesorang artis seperti penyanyi atau pelakon terkenal? Tentu sekali anda pernah dan tentu sekali anda ingin dan mencari seberapa banyak mungkin fakta atau informasi mengenai penyanyi/pelakon kesayangan anda tersebut.  Menurut pakar psikology minat kita tentang sesuatu itu akan mendorong kita berkerja mengingati perkara tersebut dengan lebih mudah dan sukar untuk melupai perkara tersebut. Cubalah cari satu watak menarik dan timbukan persoalan-persoalan mengenai watak atau fakta tersebut untuk menarik minat anda untuk terus mendalami pengetahuan mengenai fakta sejarah yang anda baca

Ringkasnya pelajar harus ada STRATEGI – RAJIN MENGHAFAL – BUAT NOTA – BUAT LATIHAN (JAWAP SOALAN) – ULANGKAJI (REPETITIVE).

Pendek kata kedua-dua perkara di atas perlu ada dalam diri anda sebagai pelajar untuk membolehkan anda mempelajari, memahami dan mengingati fakta sejarah. Diharapkan teknik belajar Sejarah SPM yang berkesan di atas dapat membantu anda mengharungi peperiksaan untuk subjek ini kelak.

Semoga perkongsian mengenai teknik belajar Sejarah SPM ini bermanfaat kepada anda.