Permohonan Ke Program Prauniversiti KPM Majlis Sukan Malaysia 2015/2016

Students who are interested to apply for the Program Prauniversiti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Majlis Sukan Malaysia 2015/2016 should submit their application now.

Deadline to submit your application is 31st March 2015. Late submission will not be processed.

Please refer to the followings details for more information.

MAKLUMAN
Perhatian kepada pemohon :-
1. Calon yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2015. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu menghantar secara pos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

PANDUAN PERMOHONAN
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online dihttp://apps5.moe.gov.my/prau/index.html

2. Mencetak borang tersebut DAN melengkapkan maklumat pada ruang berikut:
a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
c. Ruang G. Perakuan
d. Ruang H. Pengesahan

3. Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Sukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.

4. Sila hantar borang tersebut ke alamat berikut :





Pengarah
Bahagian Sukan

Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

NOTA PENTING: Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses

Good luck!