Teknik Ajar Anak Mengira MUDAH!

Teknik ajar anak mengira. Mahukah anda melihat anak anda dapat mengira dengan mahir? Atau menjadikan anak anda minat subjek matematik? Sudah tentu bukan sebab mengira dan matematik adalah perkara penting dan kita lakukan setiap hari.

Kemahiran mengira amat penting sejak dahulu dan sekarang.Terdapat berberapa kaedah mudah teknik ajar anak mengira dan meminati matematik. Perkara ini patut dipupuk sejak anak anda masih kecil agar minat mengira itu tertanam dalam jiwa anak-anak kita.

math book for kids, online books for kids, preschool games

Terdapat 10 teknik ajar anak mengira. Sebenarnya ada banyak, tetapi untuk perkongsian kali ini cukuplah dengan 10. Jika anda ada cara atau teknik yang lain sila kongsikan di bahagian komen di bawah nanti.

Teknik Ajar Anak Mengira
Berikut ada 10 teknik ajar anak mengira dan meminati matematik.

1. Melalui lagu.
Anda boleh mengajar anak anda lagu-lagu yang ada unsur mengira. Ada banyak lagi yang ada unsur mengira. Contohnya “Satu ekor itik, datang 2 ekor itik, semuanya jadi 3 ekor itik dalam kolam, terbang 2 ekor itik, tinggal 1 ekor” lebih kurang begitu. Anda boleh mengubah lagu itu supaya ianya lebih seronok.

2. Kaitkan semua perkara dengan nombor
Apabila kita kaitkan perkara yang kita buat seharian dengan nombor, maka bukan sahaja anak kita dapat belajar mengira tetapi juga menjadikan anak anda seorang yang teliti dan peka dengan persekitarannya. Contoh: Ketika menaiki tangga tanya anak anda berapa jumlah anak tangga atau berapa langkah perlu diambil dari bawah sampai ke atas rumah.

3. Beri tugasan
Anda juga boleh memberi tugasan kepada anak anda dan kaitkan dengan sedikit kiraan. Contoknya: Minta anak anda ambil gelas di dapur. Sebutkan berapa gelas yang anda perlu dan tanya berapa gelas yang tinggal. Dengan berbuat demikian anak anda tahu jumlah yang perlu di ambil dan dalam masa yang sama jumlah baki yang ada.

4. Minat buku.
Jika boleh anda boleh membelikan buku-buku yang ada unsur  mengira seawal anak anda masih bayi. Anda boleh tunjuk gambar untuk menarik perhatiannya dan juga membacakan buku tersebut kepada anak anda. Dengan berbuat demikian anak anda akan meminati buku. Biarkan sahaja anak anda memegang atau menulis sesuatu atas buku tersebut.

5. Pembelajaran melalui persekitaran
Tentu sekali anda sering bawa anak anda bersiar-siar di luar rumah, contohnya di taman permainan kanai-kanak. Pada ketika ini anda boleh menyoal anak anda untuk menarik minatnya mengira dan meneliti alam sekeliling. Anda boleh tanya soalan seperti berapa ramai kanak-kanak lain yang ada di taman ketika itu. Atau berapa banyak pasu bunga yang ada disekitar taman dan sebagainya. Dengan itu bukan sahaja anak timbul minat mengira tetapi seronok mencari jawapan kepada soalan anda.

6. Ajar anak menabung
Ibubapa harus ajar anak mereka menabung sejak kecil. Ini untuk melatih mereka agar tidak boros berbelanja dan bijak merancang kewangan pada masa akan datang. Dalam masa yang sama anda boleh menjadikan menabung sebagai cara mengajar anak anda mengira. Anda boleh beli tabung yang cantik untuk menarik minat anak anda. Dan setiap kali menabung anda tanya berapa jumlah terkini tabungan anak anda. Ini akan mengajar anak anda sentiasa mengira dan tahu jumlah wang dalam tabung. Wang itu nanti bolehlah disimpan di bank untuk anak anda.

7. Ajar dengan mengulang perkara yang sama
Anda boleh ambil satu objek dan tunjukan kepada anak anda sambil sebut angka. Lakukannya berulang kali dengan objek yang lain. Objek-objek yang berlainan akan sentiasa menarik minat anak anda untuk beri perhatian dan mengira.

8. Pertandingan/persaingan
Jika anda ada berberapa orang anak kecil, anda boleh menimbulkan minat mengira dengan beri kuiz mudah. Contohnya mengingat nombor kereta di hadapan anda. Siapa yang dapat sebut nombor plate kereta di hadapan lebih cepat akan diberikan hadiah.

9. Minta bantuan anak anda jaga waktu.
Contohnya anda beritahu anak anda yang anda akan memasak tepat pukul 12.30pm. Minta anak anda selalu tengok jam dan minta dia ingatkan anda bila masa memasak yang ada beritahu dia sudah sampai. Dengan itu anak anda akan sentiasa melihat waktu/nombor pada jam di dinding rumah anda. Kelebihan lain teknik ini ialah memupuk sikap pentingkan dan ketepatan masa. Ianya akan memupuk disiplin yang tinggi dalam diri anak-anak anda.

10. Ajar anak anda sebut nombor dalam pelbagai jenis bahasa
Ini akan menjadikan anak anda minat bahasa dan juga mengira. Anda boleh beli/tulis perkataan/nombor dalam bahasa-bahasa utama dunia yang lain. Ini bukan sahaja menjadikan anak anda minat mengira tetapi juga mempelajari sedikit bahasa asing yang lain. Perlu diingat pada usia muda kanak-kanak paling cepat belajar bahasa. Contohnya nama dan jumlah objek di sekitar rumah dalam Bahasa Melayu dan English.

Adalah amat penting untuk mengetahui teknik ajar anak mengira kerana pembelajaran bermula dari rumah dan andalah guru pertama anak anda dalam hidup mereka.