Biasiswa Yayasan Albukhary: Permohonan Online

Biasiswa Yayasan Albukhary. Pelajar yang berminat, memerlukan dan layak dipelawa untuk membuat permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary (Albukhary Foundation Scholarship Programme) untuk menyambung pengajian mereka.

Maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI

Sebelum anda menghantar permohonan, anda mungkin tertanya-tanya apakah itu Yayasan Albukhary

Yayasan Albukhary

Yayasan Albukhary ditubuhkan pada tahun 1996 oleh seorang ahli perniagaan Malaysia iaitu Syed Mokhtar Albukhary. Ianya ditubuhkan sebagai platform untuk aktiviti-aktiviti kebajikan (charities activities) sebagai kesinambungan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh beliau sejak awal penubuhan  syarikat perniagaannya pada tahun 1974.

Sejak awal penubuhannya yayasan Albukhary memberi tumpuan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikannya di Malaysia. Program-program yang dijalankan antara lain bertujuan mengurankan kadar kemiskinan dan keharmonian antara kaum.

Selaras dengan perkembangan perniagaannya yang semakin meningkat, aktiviti amal Yayasan Albukhary mengembangkan skop aktiviti ke peringkat antarabangsa merangkumi Eropah, Asia, Afrika dan Australia.

Borang permohonan biasiswa yayasan albukhary online
Biasiswa Yayasan Albukhary

Biasiswa Yayasan Albukhary

Biasiswa Yayasan Albukhary menawarkan skim-skim biasiswa seperti yang berikut:

a. Albukhary Equity Scholarship
b. Albukhary Refugee Education Dream (RED) Scholarship
c. Regional Awards
d. Leadership, Academic and Services Awards
e. Campus Residence Grant

Walau bagaimanapun untuk sesi ini permohonan Biasiswa Albukhary hanya dibuka untuk Albukhary Equity Scholarship dan Refugee Education Dream (RED) Scholarship.

Untuk maklumat terperinci dan tepat anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak Yayasan Albukhary.

Tarikh Tutup Dan Cara Permohonan Biasiswa Albukhary

Pelajar yang layak dan berminat bolehlah mengemukakan/menghantar permohonan biasiswa sebelum tarikh tutup.

Untuk memohon sila layari Albukhary Scholarship Application Form PORTAL DROPBOX untuk download borang permohonan, referee information sheet dan income verification form.

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan adalah terbahagi kepada 2 iaitu

1. Albukhary Equity Scholarship

Biasiswa ini adalah biasiswa penuh disediakan untuk semua kursus peringkat ijazah (undergraduate) dan program pengajian asasi (foundation studies).

Biasiswa ini menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar kurang bernasib baik yang mempunyai pencapaian akademik yang cermerlang dan layak memasuki Albukhary International University (AIU)

Kelayakan untuk memohon

Berikut ialah kelayakan yang diperlukan untuk memohon Biasiswa Equity Albukhary:

a. Pemohon mesti dari latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik
b. Pemohon mempunyai pencapaian akademik yang cermerlang di peringkat GCE’O” atau ‘A’level atau peperiksaan yang setaraf dengannya.

Program Asasi

a. ‘O’Level: 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B
b. ‘A’Level: Tiada

Program Pengajian Prasiswazah (undergraduate)

a. ‘O’Level: 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B
b. ‘A’Level: 2A dan 1B

2. Refugee Education Dream (RED) Scholarship
Program biasiswa penuh disediakan oleh Yayasan Albukhary. Biasiswa ini disediakan untuk semua kursus peringkat ijazah (undergraduate) dan program asasi (foundation studies). Disediakan untuk refugee/asylum seekers yang berdaftar dengan UNHCR Malaysia. Pemohon haruslah layak untuk menyambung pengajian mereka di Albukhary International University (AIU)

Kelayakan untuk memohon

a. Pemohon mesti berdaftar sebagai pelarian / asylum seekers dengan pejabat UNHCR di Malaysia
b. Mempunyai pencapaian akademik yang cermerlang di peringkat GCE’O’Level atau ‘A’Level atau peperiksaan yang setaraf dengannya.

Pencapaian Akademik

Program Asasi
Pemohon harus mempunyai pencapaian seperti berikut:

a. ‘O’level: 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B
b. ‘A’level: tiada maklumat

Program prasiswazah (undergraduate)

Pemohon harus mempunyai pencapaian seperti berikut:

a. ‘O’level: 3A (termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris) dan 2B
b. ‘A’level: 2A dan 1B

Jumlah Pembiayaan
A. Albukhary Equity Scholarship
– Tuition dan yuran berkaitan
– Penginapan dan elaun sara hidup
– Insuran kesihatan
– Visa pelajar
– Penghantaran balik (satu tiket)?

B. Refugee Education Dream (RED) Scholarship
– Tuition dan yuran berkaitan
– Penginapan dan elaun sara hidup
– Insuran kesihatan

SEE ALSOAlbukhary Scholarship for Undergraduate

Alamat perhubungan

Untuk tujuan permohonan Biasiswa Yayasan Albukhary dan untuk maklumat terperinci anda dinasihatkan untuk berhubung terus atau secara langsung dengan pihak Yayasan Albukhary

Scholarship Unit
Albukhary Foundation
30, Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 12-928 1876/+60 10-222 1876

ATAU

Scholarship Unit
Albukhary Foundation
Jalan Tun Abdul Razak,
05200 Alor Setar, Kedah
Tel: +60 12-928 1876/+60 10-222 1876

Semoga info mengenai biasiswa Yayasan Albukhary ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang akan memohon pihak kami mengucapkan semoga berjaya!