Pelawaan Peserta Bagi Menyertai Kursus Yang Ditawarkan Melalui Dalam Talian Oleh Seameo Innotech 2018

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah mengambil maklum dan diminta untuk membuat hebahan bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) INNOTECH telah mempelawa kepada Pegawai Perkhimatan Pendidikan (PPP) dipelbagai peringkat bagi memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO INNOTECH secara dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOCs) yang bertajuk Teach on : Keeping the Passion Alive bagi tahun 2018.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO INNOTECH menawarkan kursus ini secara percuma selama (8) lapan minggu.  Kursus ini akan bermula pada 29 Januari 2018 dan pra pendaftaran telah pun dibuka sekarang melalui pautan http://bit.ly/teachonreg.

Bersama-sama ini disertakan  (i) Letter of General Information of SEAMEO INNOTECH Online Courses 2018  dan (ii) How to Enroll in the Course of SEAMEO INNOTECH 2018 sebagai panduan peserta.

Download maklumat yang dilampirkan di bawah untuk panduan anda:

a. Letter of General Information (Maklumat AM Kursus)

b. How to Enroll in the course (Panduan memohon kursus ini)

Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Ahmad Sabri bin Abdullah, Sektor Dasar Keguruan, BPG di talian 03 8884 1060 atau melalui emel ahmad.sabri@moe.gov.my.