Monbukagakusho Scholarship 2018 Malaysia:Japan Monbukagakusho MEXT Scholarships Teacher Training Student

Monbukagakusho Scholarship 2018 Malaysia,Japan Monbukagakusho MEXT Scholarships Teacher Training Student tahun ini telah dibuka semula untuk permohonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih/sedang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Monbukagakusho Scholarship Malaysia

Kemudahan biasiswa Japanese Government (Monbukagakusho:MEXT Scholarship Teacher Training Student tahun 2018 ini tentunya satu peluang baik untuk calon-calon yang berminat untuk menambah kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan.

Kerajaan Jepun akan membiayaai program ini dan calon-calon yang berjaya akan ditaja sepenuhnya sepanjang kursus atau pengajian mereka.

Kepada calon yang berminat dan layak anda perlulah mendapat kebenaran dan kelulusan dari Ketua Jabatan serta memilik syarat-syarat permohonan sepertimana yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan juga yang ditetapkan oleh pihak JPA

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh merujuk MEXT scholarship Malaysia blog post kami yang terdahulu mengenai perkara ini.

Pemohon hendaklah memberikan maklumat dan data yang tepat dan benar dan ianya harus disemak oleh Ketua Jabatan pemohon.

Adalah menjadi satu kesalahan berat jika pemohon memberi maklumat yang tidak benar dan tidak tepat. Jika berbuat demikian permohonan anda besar kemungkinan akan ditolak.

Anda dinasihatkan membaca dengan teliti hebahan/iklan yang telah dikeluarkan oleh KPM. Sila rujuk Hebahan KPM mengenai Monbukagakusho Scholarship 2018 Malaysia

Jika anda berminat dan layak anda boleh mengemukakan permohonan anda melalui borang permohonan online di eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my/

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada yang berminat dan memohon Monbukagakusho Scholarship 2018 Malaysia:Japan Monbukagakusho MEXT Scholarships Teacher Training Student tahun ini.