Senarai Kosmetik Yang Tidak Selamat Dan Tiada Kelulusan KKM

Senarai terbaru kosmetik yang tidak selamat. Baru-baru ini terdapat kenyataan Akhbar KPK mengenai produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Produk-produk yang disenaraikan ini dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak KPK notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah ditarik bali dan dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi. KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual yang telah dikesan di dalam produk kosmetik terlibat.

Terdapat 4 produk kosmetik yang disenaraikan dalam kenyataan akhbar KPK tersebut. Sila rujuk terus Kenyataan Akhbar KPK bertarikh 24 Januari 2018 bertajuk: Produk-produk Kosmetik Yang Dikesan mengandungi Racun Berjadual di laman portal rasmi KPK.

Kenyataan akhbar KPK ini juga turut menyeru orang ramai untuk berhati-hati ketika membeli produk kosmetik dan orang ramai dinasihatkan untuk merujuk atau menyemak dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kosmetik yang ada dipasaran ketika ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

Rujuk: Kenyataan Akhbar KPK

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenai isu senarai kosmetik yang selamat atau tidak selamat yang ada di pasaran sekarang ini.