SAPS NKRA Modul Ibubapa Ditutup Sementara Kerana Kebocoran Maklumat

SAPS NKRA Ditutup Sementara Kerana Kebocoran Maklumat. Ini adalah maklumat terkini untuk makluman anda. Ini berikutan pengumuman yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik baru-baru ini berikutan ada kebimbangan berikutan dakwaan kebocoran maklumat dalam sistem tersebut.

Baru-baru ini terdapat dakwaan berlaku serangan terhadap sistem itu dan maklumat orang ramai telah bocor. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) digunakan oleh ibubapa yang ingin menbuat semakan perkembangan dan keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online.

“Pihak kementerian sedang menganalisis dakwaan yang dihantar ke kami dan saya telah arahkan penutupan sementara sistem SAPS dan mengenal pasti kelemahan sistem tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi jangka panjang, katanya, kementerian akan mengemaskini pengurusan projeknya dan proses pengurusan risiko bagi semua projeknya oleh kerana masalah seperti itu tidak boleh terus berlaku.

“Dalam tempoh ini, sistem lain termasuk laman web dan aplikasi akan berjalan seperti biasa. Saya sangat menghargai maklum balas yang diberikan atas isu ini.

“Kami memerlukan pandangan daripada semua orang untuk melakukan pembaharuan dalam kementerian ini.” katanya.

Sebelum keputusan penutupan sementara SAPS dibuat, terdapat e-mail tidak bernama telah tersebar luas yang mendakwa sistem SAPS telah terdedah kepada serangan yang dipanggil suntikan SQL.

Daripada e-mail yang tersebar luas tersebut, dilaporkan bahawa maklumat peribadi 4.9 juta pelajar bersama nombor MyKAD ibubapa pelajar telah bocor dan terdedah kepada salah guna.

SAPS adalah sistem online di mana guru-guru diwajibkan memasukkan keputusan peperiksaan dan ujian pelajar ke dalam pangkalan data dan data tersebut boleh diakses oleh ibubapa untuk mengikuti perkembangan prestasi anak-anak mereka.