Skim Pinjaman Pendidikan Perak Online – Pengajian Tinggi IPTA/IPTS

Skim pinjaman pendidikan Perak. Jika anda telah berusaha mencari biasiswa tetapi belum ada reziki mungkin ini peluang baik untuk anda. Pelajar yang masih belum mendapat sebarang penaja untuk sambung pengajian mereka boleh memohon Skim Pinjaman Pendidikan Perak dan anda boleh menghantar permohonan anda secara online.

Skim pinjaman pendidikan bolehubah Perak ini bersifat bolehubah iaitu pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang berpeluang menukar sebahagian jumlah/sepenuhnya kepada biasiswa.

Pinjaman itu juga adalah bebas ‘interest/faedah’ untuk setiap pembayaran. Ini tentunya satu skim yang bagus kerana pelajar tidak dibebani jumlah bayaran tambahan ke atas jumlah pinjaman mereka pada masa akan datang.

Untuk memohon anda boleh memohon terus melalui laman web portal rasmi yang telah disediakan khas untuk tujuan ini.

Semoga bermanfaat.