Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online Untuk Pelajar Sabah

Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk pelajar Sabah. Warganegara yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah mengikut kursus-kursus yang disenaraikan.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar Sabah sahaja
Gambar hiasan: myeidos.com

Pada kebiasaanya permohonan biasiswa ini boleh dibuat melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online yang dijangka akan dibuka pada minggu ke-3 bulan March selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Anda boleh membuat Semakan Keputusan SPM secara online.

Kepada yang layak dan berminat untuk memohon sentiasalah mengikuti perkembangan terkini di sini.

Anda dinasihatkan untuk membaca maklumat berkenaan secara terperinci sebelum memohon menggunakan borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online.

Bidang Kursus/Pengajian Yang Ditaja Oleh BKNS

Sila buat semakan senarai bidang kursus di bawah yang ditaja oleh BKNS untuk pelajar.

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

i. Sains Komputer
ii. Kesihatan dan Perusahaan Ternak
iii. Kejuruteraan
iv. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)

Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan

* Perubatan
* Pergigian
* Perubatan Veterinar
* Farmasi
* Kejuruteraan
* Ukur Bahan
* Seni Bina (Architecture)
* Sains dan Teknologi Makanan
* Sains Bioteknologi
* Akuakultur
* Sains Biologi Marin
* Sains Alam Sekitar
* Perikanan
* Perhutanan
* Undang- Undang
* Pengajian Islam
* Matematik
* Sains Tulen (Biologi/kimi/fizik)
* TESL
* Psikologi
* Sains Kompyter
* Ekonomi
* Perakaunan
* Pentadbiran Perniagaan
* Pelancongan dan Hospitaliti
* Muzik
* Performing Arts
* Pengurusan Ladang
* Pertanian

Untuk memohon memasuki UPU IPTA anda boleh memohon melalui UPU IPTA Online

Syarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Terdapat syarat-syarat yang perlu anda teliti sebelum memohon. Kalau semua syarat itu anda ada, peluang untuk anda dapat biasiswa mungkin lebih cerah.

Syarat ini ada masanya berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan dan keputusan pihak BKNS.

1. Had Umur

1.1 Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
1.2 Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

2. Kelulusan Akademik

2.1 Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya grade C dlm 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.

Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

2.2 Lulus Sijil STPM dengan memperole sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.

Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.

2.3 Berkelulusan Matrikulasi mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0

2.4 Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5

2.5 Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00

Cara Memohon Biasiswa BKNS

1. Permohonan dibuat melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online dengan melayari www.biasiswa.sabah.gov.my mulai pada tarikh permohonan online dibuka. Biasanya akan diumumkan di website rasmi BKNS dan juga media.

Setiap permohon mestilah mempunyai e-mail peribadi masing-masing.2. Bagi kawasan yang mempunyai kesukaran untuk mengakses permohonan secara online, borang permohonan  disediakan dan boleh diperolehi di Pejabat Daerah seperti berikut

2.1 Pejabat Daerah: Kinabatangan, Tongod, Pitas

2.2 Pejabat Daerah Kecil: Matunggung, Pagalungan, Sook, Tunku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.

2.3. Perpustakaan: Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau

3. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah di sahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

BAHAGIAN BIASISWA DAN LATIHAN
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
Tingkat 3, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat Likas,
Beg Berkunci No. 2076
88999 Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa BKNS

Anda boleh memohon melalui online sebelum tarikh tutup. Sila pastikan anda menghantar permohonan melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online sebelum tarikh tutup.

Atau Anda boleh memohon melalui Permohonan BKNS Online

Maklumat Tambahan

1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

2. Keputusan permohonan boleh disemak melalui On-Line

3. Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tiak ditaja.

4. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.

5. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Jumlah Biasiswa BKNS

Jumlah tajaan ada dijelaskan di laman portal rasmi BKNS. Anda juga boleh berhubung terus dengan pihak BKNS jika perlukan maklumat lebih terperinci mengenai jumlah biasiswa yang ditawarkan.

Janganlah malas bertanya, agar tidak keliru dan orang tua-tua kata tidak sesat jalan.

Semakan Biasiswa BKNS

Kepada anda yang ada memohon dan ingin membuat semakan keputusan BKNS 2018, anda boleh membuat semakan online di laman portal yang disediakan oleh pihak BKNS. 

Semakan keputusan BKNS online


Selain biasiswa BNKS and mungkin juga berminat dengan biasiswa terkini di Malaysia.

Untuk maklumat terkini dan terperinci sila berhubung dengan pihak Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) secara langsung.

Semoga perkongsian mengenai borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online ini bermanfaat kepada anda.