Job Matching PTPTN: Program Penempatan Kerja Graduan Peminjam PTPTN

Job Matching PTPTN | Adakah anda pernah dengar program ini? Jika belum, program ini adalah program bantuan penempatan kerja kepada graduan yang ada membuat pinjaman pengajian dengan pihak PTPTN.

Cuba mohon biasiswa untuk pelajar Malaysia >> DI SINI

Graduan yang berminat untuk menyertai program ini boleh memohon secara online.

Cara memohon program Job Matching PTPTN untuk pelajar di Malaysia

Kebaikan program ini ialah graduan akan dibantu untuk mencari kerja sesuai dengan kemahiran/pengajian mereka.

Dalam program ini majikan yang terlibat akan mengiklankan kekosongan jawatan di laman portal Job Matching PTPTN dan graduan yang belum bekerja dan sedang mencari kerja akan dapat melihat iklan tersebut dan memohonnya.

Job Matching akan dibuat oleh pihak yang menyelaras program ini termasuk mengaturkan program latihan dan pemadanan kerjaya.

Sila lihat ilustrasi grafik di bawah.

Program ini adalah percuma untuk anda dan diharapkan para graduan yang belum memiliki kerjaya tetap bolehlah merebut peluang yang disediakan ini.

Semoha perkongsian maklumat mengenai job matching PTPTN ini bermanfaat kepada anda.  Sila like and share