EGTukar Guru Login: Permohonan Pertukaran Guru Online 2020

EGTukar Guru Login adalah portal khas untuk Permohonan Pertukaran Guru secara online. Guru yang ingin memohon bertukar boleh memohon melalui portal ini.

Melalui sistem eGTUKAR 2020 bermohonan boleh dibuat secara online yang melibatkan pertukaran antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah.

EGTukar Guru Online

Sistem ini akan dibuka bermula 18 Februari 2020 nanti.

Portal EGTukar Online

Guru yang ingin menggunakan sistem online ini boleh memohon melalui link di bawah;

EGTukar Login: https://epgo.moe.gov.my/

Sila ambil perhatian kepada 2 perkara penting di bawah:

a. Guru – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
b. Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk  menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Kelayakan Memohon

Untuk memohon guru telibat perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti di bawah;

a. Kepentingan perkhidmatan
b. Kekosongan Jawatan
c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Permohonan dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.

Guru yang telah memohon tetapi mengubah fikiran dan ingin membatalkan permohonan perlu berhubunga merujuk kepada Guru Besar atau PPD masing-masing untuk berbuat demikian.