Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) Syarat & Semakan Keputusan Online

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) ini terbuka kepada para pelajar Malaysia yang berminat dan layak untuk memohon. Terdapat syarat umum dan khas yang perlu dipenuhi untuk memohon tajaan pendidikan tersebut.

Selain peluang biasiswa ini, anda juga boleh mencuba memohon biasiswa dari penaja lain. Rujuk senarai biasiswa terkini di Malaysia. Mungkin ada yang sesuai dengan anda.

Syarat Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Sebelum memohon baik baca dengan teliti syarat permohonan untuk biasiswa ini. Jika layak, bolehlah teruskan permohonan anda.

Syarat-syarat permohonan boleh anda baca di laman website rasmi BTAR. Layari portal rasmi penaja untuk membaca syarat permohonan yang lebih terperinci.

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara online di portal yang disediakan oleh pihak BTAR. 

Biasiswa ini akan menaja pengajian pelajar untuk perkara-perkara berikut:

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Online

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Bulanan
  • Elaun buku teks dan alat tulis
  • Elaun untuk buat tesis
  • Elaun untuk komputer
  • Elaun pakain formal
  • Tambang kapal terbang

Peluang baik untuk pelajar yang layak dan berjaya mendapatkan tajaan dari BTAR. Apa tunggu lagi, layari laman website rasmi BTAR sekarang

Link: https://www.yayasantar.org.my/apply/

Jumlah Biasiswa

Berkenaan dengan jumlah tajaan, ini bergantung kepada IPT dan jenis kursus pengajian yang anda pilih. 

Anda boleh berhubung terus dengan pihak penaja untuk maklumat tersebut. 

Jumlah biasiswa yang akan anda nikmati akan diperincikan dalam dokumen tawaran biasiswa kepada pelajar yang berjaya mendapat tajaan.

Semakan Keputusan Permohonan

Pelajar yang memohon tajaan ini tentu sekali akan mengalami proses tapisan. Pelajar yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses tapisan seterusnya seperti temuduga biasiswa.

Selepas selesai memohon, bolehlah anda tunggu untuk dihubungi. Biasanya pemohon akan dihubungi melalui email ataupun melalui telefon.

Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mengisi  maklumat email dan nombor telefon yang aktif dan mudah dihubungi.

Ramai pemohon terlepas peluang untuk ke proses tapisan seterusnya hanya kerana mereka menulis maklumat email address dan nombor telefon yang sudah tidak aktif lagi.

Rugi besarlah kalau berlaku sedemikian. Betul tak?

Pengalaman Memohon Dan Temuduga Biasiswa

Bab ini ada banyak di blog-blog di internet. Anda hanya perlu ambil sedikit masa membaca pengalaman mereka yang pernah memohon dan menghadapi sesi temuduga biasiswa ini.

Untuk mempersiapkan diri menghadapi temuduga biasiswa, kami sarankan anda baca panduan temuduga biasiswa untuk pelajar.

Mungkin ada antara pengalaman, maklumat dan tips yang mereka tulis bermanfaat kepada anda.

Bolehlah nanti maklumat itu membantu anda menyediakan diri menghadapi proses permohonan untuk dapatkan tajaan pendidikan dari YTAR.

Kepada yang memohon kami ucapkan semoga berjaya!