UiTM Shah Alam: Address, Contact Number & Map

Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah ALam adalah sebuah universiti terunggul di Malaysia menawarkan bidang kursus yang banyak dan luas.

Terdapat beribu-ribu pelajar menuntut di kampus ini setiap tahun.

Kampus ini terletak di Shah Alam Selangor. Ini ada sedikit maklumat address (alamat), contact number (nombor telefon) dan juga map lokasi kampus UiTM tersebut.

Address, contact number dan Map UiTM Shah Alam

Address (Alamat)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Jalan Ilmu 1/1,
40450 Shah Alam,
Selangor

Website

Link: https://www.uitm.edu.my/index.php/en/

No Telefon (Contact Number)

Tel: +603-5544 2000

Email

webmedia@uitm.edu.my

Kod Fakulti

Jika anda berkeperluan untuk membuat semakan atau ingin mengetahui kod fakulti kursus anda di sana, anda boleh berbuat demikian dengan mudah.

Anda boleh download atau layari senarai kod fakulti yang dikeluarkan oleh pihak UiTM.

Layar dokumen kod fakulti (PDF) untuk panduan anda.

Perlu anda ingat bahawa kod fakulti mungkin boleh berubah dari masa ke semasa.

Silalah berhubung dengan pihak UiTM untuk pengesahan maklumat terkini.

MQA UiTM Shah Alam

Ramai perlu maklumat ini. Sudah tentu. Sebelum mendaftar di mana-mana universiti atau kolej anda perlu semak status MQA kursus yang anda akan pilih.

Ini sangat penting kerana kalau anda terambil kursus yang tiada pengiktirafan MQA ianya akan menyusahkan anda semasa cari kerja selepas tamat pengajian.

Apa lagi jika anda berhajat untuk kerja di sektor kerajaan atau professional, pengiktirafan MQA itu sangat penting.

Yang baiknya membuat semakan pengiktirafan MQA kursus dan universiti atau kolej kita sudah semakin mudah.

Pihak Malaysian Qualification Agensi (MQA) ada menyediakan portal khas untuk anda semak maklumat pengiktirafan kursus.

Anda hanya perlu layari laman website rasmi MQA untuk buat semakan.

Silalah semak sebelum membuat keputusan untuk mendaftar kursus kegemaran anda.

Hotel Berdekatan UiTM Shah Alam

Mesti ramai yang perlukan penginapan terutama semasa pendaftaran dan konvo.

Untuk dua sesi ini, biasanya ramai pelajar yang akan datang bersama dengan keluarga.

Sudah tentu perlu hotel atau homestay penginapan untuk sehari dua. Jangan risau di sekitar berdekatan dengan UiTM ada banyak hotel dan homestay anda boleh sewa.

Antaranya seperti senarai di bawah.

  • OYO Rooms Padang Jawa JPJ
  • I-city-I-SUITE Shah Alam
  • Hotel SMS Alam Avenue
  • ZZ Lodging
  • Noah’s Homestay
  • Spacious Double Storey House (Near i-City UiTM)
  • Homestay Fekrifarisha SA

… dan banyak lagi. Anda boleh semak di applikasi online Agoda.com untuk tujuan booking hotel penginapan anda.

Sumber: Google Map