Diploma Seni Reka Fesyen Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya Graduan

Kerjaya seni reka fesyen adalah salah satu bidang kerjaya yang sangat glamor dalam insdustri seni kreatif zaman ini.

Mungkin ada yang berfikir bahawa kerjaya ini hanya dikuasai oleh kaum wanita, sebenarnya tidak ya!

Kaum lelaki pun turut banyak terlibat dalam bidang ini malah telah mencipta nama-nama besar di tanah air seperti Rizalman Ibrahim, Rizman Ruzaini, Jimmy Choo, dan ramai lagi.

Percaya atau tidak, kerjaya sebagai pereka fesyen boleh menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan.

Bukan itu sahaja, jika anda boleh hasilkan rekaan busana yang sangat menakjubkan, dijamin ramai pihak media dan agensi-agensi fesyen yang akan berebut-rebut menawarkan anda populariti melalui majalah, televisyen, ataupun pertunjukan fesyen.

Jika anda ingin menceburi bidang kerjaya yang glamor, pereka fesyen adalah jawapan yang tepat untuk anda! Pasti hebat kan jika menjadi pereka fesyen bagi jenama pakaian yang besar seperti Louis Vuitton, Chanel, Dior, dan banyak lagi.

Selain menjadi pereka fesyen untuk suatu jenama besar, anda juga ada peluang menjadi pereka fesyen bagi selebriti-selebriti terkenal di seluruh dunia.

Hebat kan! Sebab itulah bidang kerjaya ini dikatakan sangat glamor!

READ: Scholarship in Fashion Design Zalora

Peluang pekerjaan dan syarat kelayakan Diploma Seni Reka Fesyen

Bagi graduan diploma seni reka fesyen yang masih kurang jelas tentang peluang kerjaya yang menanti mereka di luar sana, teruskan membaca artikel ini!

Kemahiran Pereka Fesyen Yang Diperlukan Dalam Industri Fesyen

  1. Kemahiran melakar dan menjahit

Sebagai pereka fesyen, kemahiran paling asas yang perlu ada mestilah kena pandai menjahit kan, kalau tak bagaimana nak membuat pakaian.

Kemudian kemahiran melukis dan melakar pakaian pun sangat penting, barulah idea rekaan yang bernas boleh digambarkan di atas kertas.

2. Membuat perincian yang tajam

Selain mempunyai kemahiran melukis yang baik, perincian yang tajam pun sangat penting dalam rekaan fesyen.

Perkara-perkara kecil boleh pun boleh menjadikan rekaan pakaian sangat unik jika diberi penilitian.

Tanpa kemahiran ini, pereka fesyen mungkin akan gagal menarik perhatian para pelanggan.

3. Kemahiran mengenalpasti jenis-jenis fabrik, tekstur dan warna

Dalam dunia seni reka fesyen, pemilihan fabrik, tekstur, dan warna yang betul adalah kunci keberhasilan rekaan.

Pereka fesyen yang mahir tentang kepelbagaian fabrik serta sifat-sifatnya akan sangat membantu dalam pemilihan bahan pakaian yang lebih baik.

Sebagai contoh, kalau nak mereka baju musim panas, pereka fesyen mestilah tahu memilih jenis fabrik, warna, dan corak yang sesuai dan padan bersama.

Barulah pelanggan tertarik dan selesa menggunakannya.

4. Kemahiran berimaginasi yang tinggi

Hasil rekaan pereka fesyen sebenarnya bergantung terhadap apa yang mereka bayangkan, sebab itulah mereka mesti mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Mereka boleh saja menggambarkan idea mereka melalui lukisan tangan ataupun melalui teknologi computer-aided design (CAD).

Dengan imaginasi dan kreativiti yang tinggi, barulah pereka fesyen dapat hasilkan busana-busana yang mengikut trend dan glamor.

Prospek Kerjaya Diploma Seni Reka Fesyen

Jika anda mengambil bidang pengkhususan ini, anda sangat bertuah kerana bidang pengajian ini akan membekalkan anda dengan banyak ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam industri reka fesyen.

Selepas anda berjaya tamatkan diploma nanti, anda bolehlah serlahkan bakat anda dengan menggunakan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan anda selama belajar di institusi dalam pelbagai jenis kerjaya industri fesyen.

Mungkin anda tertanya-tanya, “Apa saja prospek kerjaya bagi seni reka fesyen?”.

Beberapa contoh prospek kerjaya berikut mungkin akan membantu menjawab teka-teki anda:

  1. Pereka Fesyen

Sijil kemahiran diploma bidang seni reka fesyen boleh melayakkan seseorang untuk menjadi pereka fesyen.

Sijil inilah yang akan membuktikan bahawa anda memang pakar dalam bidang seni reka fesyen kerana semasa di peringkat pengajian, anda telah belajar tentang kemahiran melakar, mereka bentuk, menjahit, trend terkini fesyen, pasaran, dan lain-lain.

Sebagai pereka fesyen, mestilah tahu tentang jenis fabrik, tekstur kain, warna, dan corak fabrik, kalau tidak bagaimana nak reka fesyen yang menarik kan?

2. Penggaya Fesyen

Tugas penggaya fesyen adalah meggayakan pakaian sama ada daripada pelanggan sendiri, butik, jenama pakaian besar dan lain-lain.

Dengan kemahiran yang ada, pereka fesyen lah yang akan bertanggungjawab untuk memilih pakaian yang sesuai dengan keperluan pelanggan.

Sebagai contoh, kalau pelanggan mencari pakaian untuk ke majlis sambutan Deepavali, pereka fesyenlah yang akan memberikan nasihat tentang fesyen dan menyediakan pakaian yang sesuai untuk majlis mereka.

3. Pereka Tekstil

Nak jadi pereka tekstil, kena ada kreativiti dan kemahiran melukis yang tinggi tau!

Pasti anda selalu melihat corak-corak yang cantik dan menarik pada mana-mana busana kan.

Kalau anda nak tahu, pereka tekstil lah yang membuat corak tersebut tidak kira corak tenunan ataupun corak cetakan.

4. Pereka Kostum

Anda suka tak melihat pelbagai watak lakonan yang berlakon dalam filem ataupun televisyen?

Watak mereka nampak nampak sangat nyata kan?

Kalau anda nak tahu, pereka kostumlah yang mereka pakaian untuk digunakan dalam filem sesuai dengan watak masing-masing.

Nak dapatkan rupa watak yang nampak ‘real’ bukan senang tau!

Pereka fesyen mesti bekerjasama dengan penggaya rambut dan juru solek artis barulah keperibadian setipa watak pelakon akan nampak nyata.

5. Pembuat Corak ataupun Patternmaker

Corak-corak pada pakaian memang akan menjadi tarikan utama bagi setiap orang yang melihatnya.

Jadi pembuat corak lah yang bertanggungjawab untuk melakar dan mencipta corak sama ada secara lukisan tangan atau digital ataupun kedua-duanya.

Tugas mereka bukan setakat melakar corak sahaja, mereka juga akan memotong corak dan menentukan spesifikasi corak.

Sekiranya terdapat masalah tentang kesesuaian dan kualiti corak, tugas mereka juga untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu, graduan pereka fesyen pun lebih mudah nak mulakan perniagaan sendiri berbanding industri lain tau!

Kalau anda ada modal sendiri, bolehlah membuka butik pakaian dan memulakan jenama sendiri.

Kemudian bila dah berjaya nanti pasti anda akan menjadi pereka fesyen yang terkenal dan kaya!

Bagaimana pula kalau tak ada cukup modal nak buka butik sendiri?

Jangan risau kerana anda masih tetap boleh bekerja sendiri dengan kerjaya seperti berikut:

  • Perunding Rekaan Fesyen
  • Perunding Reka Bentuk Kraf
  • Perkhidmatan Reka Bentuk Kraf
  • Perunding Pengurusan Acara
  • Lancer percuma
  • Keusahawanan
  • Keusahawanan Runcit

Syarat Kelayakan Diploma Seni Reka Fesyen

Mesti ramai adik-adik di luar sana yang mempunyai cita-cita nak jadi pereka fesyen kan?

Kalau adik-adik ada bakat dalam melukis dan melakar pakaian yang kreatif serta pandai menjahit, bidang pengajian ini memang sangat sesuai untuk anda.

Untuk mengambil bidang diploma ini, ada beberapa syarat kelayakan yang adik-adik kena dapatkan.

Jadi sebelum adik-adik mengambil SPM, bolehlah buat persiapan diri untuk mencapai syarat-syarat kelayakan bidang ini ya!

Syarat Kemasukan Lepasan SPM Memasuki Diploma Seni Reka Fesyen:

  1. Pertama sekali, adik-adik mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Adik-adik mesti memiliki sijil SPM ataupun setaraf.
  3. Keputusan SPM adik-adik mestilah lulus dalam Bahasa Melayu dan Lulus Bahasa Inggeris.
  4. Jika adik-adik mengambil SPM bermula tahun 2013 dan ke atas, maka keputusan SPM adik-adik mestilah lulus subjek Sejarah.
  5. Keputusan SPM adik-adik juga mesti mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran.
  6. Paling penting, adik-adik akan menghadapi temuduga tau! Jadi pastikan adik-adik lulus temuduga ini.
  7. Selain temuduga, adik-adik juga mungkin akan diminta untuk hantar portfolio yang mereka tetapkan. Jadi pastikan adik-adik lengkapkan dan hantar portfolio jika diminta ya!
  8. Bidang ini akan banyak melibatkan kerja-kerja amali, jadi syarat kelayakan bidang ini mestilah mempunyai pengelihatan yang baik iaitu tidak buta atau buta warna, boleh mendengar dan bertutur dengan sempurna, dan tidak cacat fizikal.

Tempoh Pengajian Diploma Seni Reka Fesyen

Bagi anda yang merancang nak mengambil bidang ini, anda perlu tahu bahawa pengajian ini mengambil masa 6 semester untuk diselesaikan.

Seperti biasa, 5 semester pertama adalah sesi akademik iaitu belajar tentang pengendalian mesin, teknik mereka fesyen, pemilihan bahan-bahan, warna dan tekstur fabrik.

Kemudian pada semester kelima juga para pelajar akan menyediakan projek akhir masing-masing untuk dipamerkan dalam pertunjukan fesyen ataupun pameran akhir program.

Projek akhir inilah yang akan menjadi pengukur tentang sejauhmana penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang mereka dapat sepanjang tempoh pengajian mereka.

Pada semester akhir pula, para pelajar akan menjalani latihan industri di syarikat-syarikat yang bersesuaian dengan bidang mereka.

Masa inilah mereka akan menyiapkan diri untuk mengaharungi alam pekerjaan yang sebenar dan menjadikan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sebagai bekalan di masa hadapan.

Kesimpulannya, peluang kerjaya bagi graduan seni reka fesyen memang sangat besar dan luas.

Ada banyak industri fesyen yang membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja pereka fesyen yang berbakat dan kreatif dalam menyampaikan idea rekaan.

Jika ingin bertahan lama dalam industri ini, anda mestilah sentiasa peka dengan perkembangan dunia fesyen setiap masa dan berusaha menghasilkan idea-idea rekaan yang unik.

Barulah pelanggan tertarik! Jadi untuk para graduan diploma seni reka fesyen, teruskan berkarya dalam industri dan sentiasa sumbangkan idea-idea rekaan anda yang unik kepada industri!