Diploma Ukur Bahan Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya Menanti Graduan

Pernah tak anda terfikir tentang kerjaya menjadi seorang juruukur bahan? Cuba anda bayangkan bangunan, jalan raya, jambatan, kilang, lapangan terbang, kapal, hospital, dan apa-apa sahaja daripada pembinaan manusia semuanya mementingkan juruukur bahan yang profesional.

Tanpa seorang juruukur bahan, siapa lagi yang nak merancang, mereka bentuk, membina dan menyelenggara semua projek pembinaan?

Sebab itulah kerjaya sebagai juru ukur bahan ini sangat penting dan tak boleh dipandang rendah.

READ: Peluang Kerjaya Graduan Diploma Komunikasi & Media

Jika anda nak tahu lebih banyak tentang kerjaya sebagai ukur bahan, teruskan membaca bermula dari syarat kelayakan diplomanya.

Syarat kelayakan dan peluang pekerjaan Diploma Ukur Bahan

Syarat Kelayakan Minimum Diploma Ukur Bahan (Diploma in Quantity Surveyor) Di Politeknik Dan Kolej Komuniti

Ada tak adik-adik di luar sana yang berhasrat nak ambil diploma dalam bidang ukur bahan (quantity surveyor) selepas habis SPM?

READ: Biasiswa Untuk Bidang Quantity Surveying

Kalau adik-adik nak sambung pengajian di politeknik dan kolej komuniti selepas SPM, adik-adik boleh ambil diploma bidang ini dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Adik-adik mestilah berwarganegara Malaysia.
  2. Mempunyai sijil SPM atau setaraf.
  3. Keputusan SPM adik-adik mesti mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  4. Jika adik-adik mengambil SPM pada tahun 2013 dan tahun ke atas, keputusan SPM adik-adik mestilah lulus Sejarah.
  5. Keputusan SPM adik-adik mesilah mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    a.Matematik
    b.SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    c.SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  6. Adik-adik akan banyak membuat kerja amali dalam bidang ukur bahan, jadi syaratnya adik-adik mestilah mempunyai fizikal yang sihat, penglihatan yang baik (tidak buta), dan pendengaran yang baik supaya tidak menjejaskan pembelajaran.

Politeknik Yang Menawarkan Diploma Bidang Ukur Bahan

Ada beberapa politeknik yang menawarkan program diploma ukur bahan, kalau adik-adik berminat nak ambil diploma dalam bidang ini bolehlah memohon salah satu politeknik di bawah.

READ: Senarai University Tawarkan Pengajian Quantity Surveying Terbaik Di Malaysia

Alamat dan nombor mereka yang anda boleh hubungi pun dah ada.

1. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Bandar Darulaman,
0600 Jitra,
Kedah
No. tel: 049146100
Faks: 049174232
http://www.polimas.edu.my

2. Politeknik Kota Bharu
Km 24, Pangkal Kalong, Kok Lanas,
16450 Ketereh,
Kelantan
No. tel: 09-7889126/111
http://www.pkb.edu.my

3. Politeknik Kota Kinabalu
No. 4, Jalan Politeknik, Kkip Barat, Kota Kinabalu Industrial Park,
88460 Kota Kinabalu,
Sabah
No.tel: 088-401816
https://polikk.mypolycc.edu.my/

4. Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen,
35950 Behrang,
Perak
No.tel: 05-4544431 sambungan 4109
http://www.psas.edu.my

Perkara Yang Dipelajari Dalam Diploma Ukur Bahan

Mesti adik-adik tertanya-tanya kan, apa yang akan dibelajar dalam pengajian bidang ukur bahan ni?

Kalau anda nak tahu, adik-adik boleh lihat beberapa jenis pembelajaran yang adik-adik akan lalui seperti berikut:

1. Teori
Seperti biasalah, pembelajaran teori memang akan ada di mana-mana bidang pengajian pun. Pembelajaran teori ini adik-adik boleh belajar tentang terma-terma tertentu yang hanya digunakan dalam bidang ukur bahan. Jadi adik-adik harus rajin membaca dan mengingat.

2. Latihan praktikal
Masa inilah adik-adik boleh pergi secara langsung ke tapak projek pembinaan untuk lihat sendiri keadaan yang sebenar sambil belajar.

3. Pengiraan
Pembelajaran pengiraan memang wajiblah bagi seorang juruukur bahan, tugas utama mereka pun adalah mengira kos-kos projek pembangunan dari awal sehinggalah siap.

4. Sains, fizik, dan kimia.
Untuk pengetahun adik-adik, menjadi juruukur bahan bukan hanya mengira kos projek pembinaan sahaja, tetapi adik-adik juga akan belajar tentang pencahayaan, bunyi, haba, dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan bagunan. Belajar ukur bahan seronok tau, sebab adik-adik akan banyak menggunakan alat-alat gadjet seperti ahli forensik.

5. Studio
Pelajar-pelajar juruukur bahan akan mempunyai studio yang dikhaskan untuk mereka. Di sinilah adik-adik akan belajar melukis beberapa jenis pelan pembinaan yang berbeza seperti pelan lantai, pelan tapak, ketinggian dan lukisan perincian keratan rentas iaitu lukisan yang menunjukkan bahagian dalaman bangunan.

Adakah permintaan pasaran kerjaya bagi seorang graduan diploma ukur bahan?

Kalau anda nak tahu, di Malaysia sahaja telah berbilion ringgit dibelanjakan untuk projek pembangunan dan infrasturktur.

Jadi, jika pertumbuhan ekonomi di negara ini sangat pantas, mestilah banyak permintaan yang tinggi untuk juruukur bahan di seluruh dunia!

Anda juga boleh lihat pembangunan yang sangat maju di luar negara seperti Dubai, Abu Dhabi, Qatar, China, Singapura, dan banyak lagi.

Nampak tak? Peluang kerjaya untuk graduan diploma ukur bahan memang sangat luas lebih-lebih lagi di luar negara!

Prospek Kerjaya Seorang Juru Ukur Bahan

Menjadi QS ataupun seorang juruukur bahan, anda boleh kerja di banyak tempat seperti di syarikat pembinaan, firma perunding kejuruteraan, pemaju hartanah, jabatan kerja awam, syarikat insurans, bidang minyak dan gas, firma perlombongan, dan mana-mana industri berat.

Anda boleh lihat contoh-contoh peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian Diploma Ukur Bahan seperti berikut:

  • Pembantu Jurukur Bahan
  • Penilai Kuantiti Binaan
  • Penolong Pengurus Kontrak
  • Penolong Pengurus Projek
  • Pegawai Penilaian Bangunan
  • Penyelia Tapak

Tugas Juruukur Bahan Di Tempat Kerja

Kalau anda nak tahu, juruukur bahanlah yang akan menguruskan hal-hal berkaitan kos-kos projek pembangunan dan kejuruteraan awam.

Bidang kerjaya ini adalah salah satu bidang kerjaya yang profesional juga tau!

Jika anda lihat kerjaya yang hebat seperti arkitek, jurutera, peguam dan doktor, juruukur bahan juga sebenarnya sama hebat seperti bidang-bidang kerjaya tersebut dan mungkin hanya gaji sahaja yang agak berbeza.

Anda mesti nak tahu kan apa saja kerja yang mereka lakukan di tempat kerja?

Jom kita fahami bersama.

Skop kerja juruukur bahan:

  1. Juruukur bahan bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen seperti bil dan tender.
  2. Setiap projek pembangunan yang baru nak dibangunkan, juruukur bahan akan menganalisis lukisan dan spesifikasi bangunan yang nak dibangunkan.
  3. Nak buat pembangunan mestilah banyak bahan dan kos-kos yang akan terlibat kan, jadi juruukur bahanlah yang akan bertanggungjawab untuk mengira kuantiti bahan yang akan digunakan dan mengira kos kerja dan buruh yang akan dibelanjakan dengan tepat.
  4. Juruukur bahan mempunyai kemahiran yang boleh mengukur kuantiti dengan tepat menggunakan alat ukuran teknikal.
  5. Hal-hal kewangan tentang projek pembinaan juga akan diuruskan oleh juruukur bahan untuk menjimatkan kos projek.
  6. Dalam projek pembinaan, banyak risiko-risiko yang akan dihadapi, jadi juruukur bahan yang akan menilai risiko yang terlibat dan membangunkan racangan untuk mengatasi risiko tersebut.
  7. Terakhir sekali yang paling penting ialah juruukur bahan bertanggungjawab untuk memehuni piawaian kesihatan dan keselamatan di tapak pembinaan projek.

Nak pendekkan cerita, juruukur bahan ini tugasnya adalah menguruskan kos dan belanjawan projek pembangunan dari awal sehinggalah bangunan siap dibangunkan.

Setiap hari operasi di tapak pembinaan mereka wajib terlibat.

Merekalah yang akan menggunakan dan membeli bahan dan menguruskan kewangan projek.

Tugas sebagai juruukur bahan memang sangat penting, cuba anda bayangkan bagaimana nak mulakan pembangunan kalau tak ada orang mahir yang boleh menganggarkan perbelanjaan?

Mesti rumit kan.

Jadi, jika ada adik-adik yang berhasrat nak mengambil diploma ukur bahan, teruskan sahaja niat anda. Pasti banyak peluang pekerjaan yang besar menanti adik-adik selepas tamat pengajian.