Semakan Keputusan UPUOnline Untuk Lepasan SPM

Semakan keputusan Permohonan UPUOnline tahun ini untuk lepasan SPM akan dibuka pada 7 Julai 2023 bermula jam 12.00 tengahari.

Nanti pada tarikh tersebut yang bersamaan hari Jumaat anda akan dapat mengetahui jika permohonan anda lulus atau tidak.

Jika lulus, bolehlah anda dalam masa 2 hari hujung minggu itu berfikir, berbincang dengan family buat persediaan untuk masuk ke IPTA / universiti di mana anda ditempatkan.

Portal semakan akan ditutup pada 16 Julai 2023 tepat jam 5 petang.

Semaklah sebelum tarikh tutup tersebut.

Tawaran adalah MUKTAMAD.

Maksudnya agak susah untuk anda buat perubahan tawaran jika anda sudah ditawarkan tempat.

Anda boleh buat semakan di 6 portal yang disediakan.

Gunalah mana-mana satu portal yang disediakan seperti dalam senarai di bawah;

  • Aplikasi UPUPocket
  • https://jpt.utm.my
  • https://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.my
  • https://jpt.ums.edu.my
  • http://jpt.umt.edu.my

Tarikh semakan keputusan permohonan UPUOnline

Sila rujuk poster hebahan di atas untuk maklumat lebih terperinci yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian pendidikan Tinggi (KPT)

Semoga berjaya!