Bantuan Pelajaran Yayasan Tenaga Amal (Yayasan KOP TNB)

Bantuan pelajaran KOP TNB

Bantuan pelajaran Yayasan Tenaga Amal dari Yayasan KOP TNB ini terbuka kepada keluarga yang ada anak di sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT.

Berikut adalah 3 kategori tawaran bantuan pelajaran ini.

  1. Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah. Bantuan yang ditawarkan berjumlah RM250
  2. Terhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah. Bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM500
  3. Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di IPT. Bantuan yang ditawrkan adalah berjumlah RM750

Sila ambil perhatian kepada syarat-syarat ringkas mengenai bantuan pelajaran dari Yayasan KOP TNB ini.

  1. Satu keluarga hanya layak memperolehi salah satu bantuan di atas
  2. Tidak pernah menerima sebarang bantuan atau biasiswa daripada pihak lain bagi tahun 2023.

Untuk memohon, muat turun (download) Borang Permohonan Online

Atau

Layari laman website rasmi Yayasan KOP TNB https://koptnb.com/

Tarikh tutup permohonan ialah 15 Februari 2024