Syarat Permohonan Biasiswa MARA Dalam & Luar Negara

Permohonan biasiswa Mara dalam dan luar negara

Syarat permohonan Biasiswa MARA tajaan sambung pengajian dalam dan luar negara. Untuk memohon tajaan pelajaran Mara ini memang bukanlah semudah yang anda jangkakan.

Sekarang ini biasiswa Mara yang anda boleh pohon ialah Program Pelajar Cemerlang (IPMa) dan Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP).

Tarikh tutup permohonan ialah 1 April 2024.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal yang disediakan https://educationloan.mara.gov.my

Untuk Biasiswa IPMa ianya  dikhususkan untuk pelajar berikut;

  • Dikhususkan kepada pelajar cemerlang lepasan Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah pertama di institusi di dalam dan luar.
  • Pelajar dipilih berasaskan pencapaian cemerlang di dalam akademik dan penglibatan aktif dalam kokurikulum semasa di IPMa di peringkat sijil dan diploma dengan memenuhi syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.

Jika anda ingin memohon biasiswa MARA perkara pertama yang perlu anda baca dan ketahui ialah membuat semakan sama ada anda layak atau tidak layak.

syarat biasiswa mara

Syarat permohonan biasiswa MARA terbahagi kepada dua iaitu;
(a) Syarat Asas Kelayakan Permohonan dan,
(b) Syarat Kelayakan Akademik.

Jika anda memiliki kedua-dua syarat ini maka anda bolehlah cuba nasib memohon.

Syarat Permohonan Biasiswa MARA IPMa

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara dan bertaraf bumiputera.
  2. Ibu dan bapa/Penjaga serta pelajar TIDAK disenaraihitam oleh MARA.
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
  4. Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia
  5. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
  6. Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
  7. Tertakluk kepada dasar dan syarat-syarat yang sedang berkuatkuasa

Syarat Tambahan Berkaitan

Kriteria di bawah juga akan diambil kira untuk semakan kelayakan memohon tajaan pendidikan dari Mara ini.

  1. Keutamaan bagi Kumpulan B40
  2. Memperolehi CGPA ≥3.90
  3. Keutamaan pemilihan tempat pengajian adalah di 10 Universiti Terbaik Mengikut Negara dan 30 Universiti Terbaik Dunia Mengikut Bidang (Top 10 University by Country and Top 30 University by Subject)

Syarat kelayakan memohon yang lebih terperinci boleh anda dapatkan terus dari pihak Mara dengan melayari portal rasmi Pembiayaan Pelajaran Mara https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/pembiayaan-pelajaran/peringkat-diploma-ijazah/