Biasiswa PMG Scholarship Untuk Bidang Farmasi

Biasiswa PMG scholarship ialah program biasiswa berasaskan merit untuk pelajar sarjana muda (undergraduate) yang mengikuti bidang FARMASI.

Ia direka untuk menyokong dan menggalakkan pelajar dalam mengejar pendidikan tinggi dan memberikan jaminan pekerjaan kepada mereka.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang mengikuti kursus Ijazah sepenuh masa dalam bidang Farmasi yang disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia
  2. Asasi sehingga Pelajar Tahun 4 Farmasi
  3. Pemohon tidak boleh memegang sebarang biasiswa atau tajaan lain daripada organisasi atau institusi lain, kecuali pinjaman pendidikan seperti PTPTN, Pinjaman MARA, Pinjaman JPA, dan sebagainya.
  4. PNGK minimum 3.00 daripada 4.00.

4 Langkah Proses Permohonan

Permohonan biasiswa PMG scholarship

Download borang permohonan online >> Borang Permohonan (PDF)

Untuk maklumat lanjut layari https://pmg2u.com/pmg-scholarship/