Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Online (BYDPA) 2024 Untuk Pengajian Sarjana Dan Ijazah Kedoktoran

Permohonan biasiswa JPA - Yang Dipertuan Agong (BYDPA) untuk pelajara Malaysia

Program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 untuk pengajian Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam dan luar negara

Tarikh permohonan dibuka: 4 Mac 2024
Tarikh permohonan ditutup: 29 Mac 2024

Untuk memohon dan informasi lengkap untuk membuat permohonan layari laman portal rasmi penaja https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/?view=article&id=131&catid=14

Untuk memohon secara online pula anda layari http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG

Jika anda perlukan maklumat lanjut, boleh berhubung guna maklumat perhubungan di bawah;

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Penerima Biasiswa Yang Dipertuan Agong yang tersenarai pendek akan dihubungi untuk proses tapisan lanjut atau interview.

END

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong Online (BYDPA) – JPA sesi 2019 sekarang sudah dibuka untuk pelajar yang berkelayakan dan berminat untuk memohon terutama kepada pelajar degree, master dan Phd.

Anda boleh memohon melalui permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong online melalui laman portal yang telah disediakan khas untuk tujuan ini.

Pemohon yang boleh menghantar permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong online ini mestilah warganegara Malaysia untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan juga Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong Online : Notis Penting

Sebelum memohon sila baca notis penting di bawah untuk peringatan kepada para pemohon. Ini adalah wajib kepada semua penerima biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) kepada negara Malaysia.

Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian

Sila semak syarat-syarat umum kelayakan memohon di bawah untuk panduan anda.

a. Pemohon hendaklah merupakan seorang warganegara Malaysia
b. Pemohon berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memulakan pengajian di universiti.

Syarat-syarat khusus untuk permohonan biasiswa Yang Dipertuan Agong online boleh anda baca dan semak di bahagian pendaftaran online yang disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti cara-cara membuat permohonan sebelum mengemukakan permohonan anda.

Tarikh tutup

Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2019 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 15 Mac 2019 melalui serahan tangan atau pos ke:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Phone: 0388853546
Email: ldp@jpa.gov.my