Borang Permohonan Skim Latihan 1Malaysia Jururawat

Kebelakangan ini kita sering melihat paparan berita mengenai siswazah jurusan kejururawatan atau pemegang-pemegang Diploma in Nursing yang dikeluarkan oleh kolej-kolej kejururawatan (Nursing Colleges) di Malaysia banyak menganggur kerana tidak berjaya mendapat pekerjaan (job in nursing) dalam bidang kejururawatan selepas tamat pengajian dari kolej-kolej swasta.

Organisasi seperti Nursing Job Placement Agencies yang amat terhad jumlahnya di Malaysia dilihat tidak mampu membantu menyelesaikan atau menyediakan pekerjaan (job in nursing) untuk graduan-graduan Diploma in Nursing yang dikeluarkan hampir setiap bulan.

Tawaran latihan dan kursusn Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Jururawat

Anda mungkin berminat untuk membaca Permohonan Diploma Kejururawatan USM. Biasanya USM akan membuka pengambilan pelajar baru untuk bidang ini setiap tahun.

Jika penyelesaian untuk perkara ini tidak diusahakan sudah tentu Malaysia akan dibanjiri oleh penganggur-penganggur berkelulusan Diploma in Nursing dengan hutang pinjaman yang berjumlah antara RM45,000 hingga RM60,000.

Sehubungan dengan itu kerajaan telah mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia Jururawat untuk graduan-graduan yang menganggur ini.

Kepada para lepasan SPM post kami terdahulu mengenai Panduan Kerjaya Selapas SPM ini boleh manjadi panduan berguna untuk anda.

Kes-kes ini mungkin berlaku kerana berberapa perkara yang menjadi penyebab utamanya. Sekurang-kurangnya 3 sebab utama yang menyumbang kepada permasalahan ini.

1. Jumlah hospital di Malaysia yang tidak boleh menampung penempatan siswazah dari bidang kejururawatan. Ini berlaku kerana berlaku lambakan pengeluaran graduan kejururawatan dari kolej-kolej swasta yang begitu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini mengakibatkan puluhan ribu graduan kejururawatan tidak berjaya mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian

2. Graduan yang kurang maklumat. Kebanyakan graduan-graduan ini akan balik ke kampung halaman masing-masing selepas tamat pengajian dan seterusnya maklumat-maklumat mengenai pekerjaan yang releven dengan kelulusan mereka tidak sampai kepada mereka atau lambat sampai kepengetahuan mereka. Ini menyebabkan peluang yang ada terlepas begitu sahaja. Peluang tidak akan menunggu anda!

3. Memilih pekerjaan dan lokasi pekerjaan. Ramai graduan yang cenderung memilih pekerjaan dan hanya menunggu pekerjaan sebagai jururawat dengan hospital kerajaan sahaja. Ini tentu sekali sukar berlaku berikutan saingan yang begitu sengit antara graduan kejururawatan yang begitu ramai dikeluarkan setiap tahun. Terdapat juga segelintir kecil yang mendapat tawaran pekerjaan tetapi jauh dari kampung halaman mereka dan mereka lantas menolak tawaran tersebut. Ini juga menyumbang kepada peningkatan pengangguran daripada siswazah dari bidang kejururawatan.

Peningkatan pengangguran yang begitu tinggi ini amat membimbangkan. Ekoran daripada itu kerajaan telah mengambil langkah untuk melancarkan Skim Latihan 1Malaysia Jururawat untuk mengurangkan atau cuba menyelesaikan masalah ini.

READ ALSO:  Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) -Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Kepada anda yang berminat untuk menyertai Skim Latihan 1Malaysia Jururawat ini anda bolehlah mendapatkan borang permohonan skim latihan 1Malaysia online di bawah.

Download Borang Permohonan Skim Latihan 1Malaysia Jururawat