Khamis, 6 Jun 2013

Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA

Mungkin ramai pelajar dan ibubapa yang sedang mencari panduan tentang bagaimana mengisi borang permohonan pinjaman MARA. Pihak kami juga menerima banyak email pertanyaan mengenai perkara ini.

Mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA dengan cara yang betul dan teratur sangat penting untuk membantu supaya permohonan pinjaman pelajaran MARA anda diproses dengan cepat dan seterusnya diberikan kelulusan.

Oleh kerana artikel terdahulu kami mengenai Borang Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online amat popular, maka kami mengambil keputusan untuk membuat sedikit update (kemaskini) di sini mengenai topik tersebut.

Di bawah adalah Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA untuk  panduan para pelajar dan ibubapa.

TATACARA PENGISIAN BORANG PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

Panduan mengisi borang permohonan pinjaman Mara untuk panduan pelajar memohon pinjaman pelajaran mara

1. Pelajar perlu ke http://eduloan.mara.gov.my untuk menyemak permohonan Tawaran
BERSYARAT anda samada berjaya atau tidak
2. Sekiranya berjaya anda perlu mencetak maklumat‐maklumat berikut
Anda Ditawarkan Pinjaman Pelajaran MARA.
Sila lengkapkan maklumat di bawah mengikut turutan:
1. Cetak Arahan
2. Cetak Surat Tawaran
3. Buku Perjanjian
4. Cetak Buku Panduan
5. Cetak Surat Iringan
6. Cetak Panduan Mengisi Maklumat Penjamin
7. Sila Semak Butir-Butir Penjamin
3. Baca dan faham arahan yang telah diberikan seperti yang ditetapkan dalam panduan Cetak Arahan.
4. Semua salinan hendaklah dibuat diatas kertas A4 berwarna putih dan bersaiz 80gsm sahaja. Sekiranya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak MARA, pinjaman anda akan ditolak tanpa disemak terlebih dahulu.
5. Pastikan anda menulis menggunakan Ball Pen Hitam / Biru sahaja dan sebarang penggunaan Liquid Paper (cecair / dryline) tidak dibenarkan sama sekali.
6. Pelajar diwajibkan mencetak :‐
a. Surat Tawaran sebanyak 4 salinan iaitu :‐
‐ Salinan Pertama ‐ Salinan Penuntut
‐ Salinan Kedua ‐ Salinan Pihak MARA‐ Salinan Ketiga ‐ Salinan Pihak MARA
‐ Salinan Empat ‐ Salinan Penjamin
# PERHATIAN, sila pastikan surat tawaran tercatat Nama, No KP, Peringkat, Kursus, dan Tempoh Bantuan yang betul sebelum pelajar mencetak dokumen ini.


READ ALSO: Permohonan Pinjaman MARA - PANDUAN PELAJAR

b. Buku Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA
‐ Perlu dicetak sebanyak 4 salinan lengkap.
‐ Dan dimatikan setem di LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sahaja.
‐ Tarikh pada muka hadapan buku ialah Tarikh Matikan Setem di LHDN
‐ Mula isi di m/s 2 no 2 (jumlah pinjaman dalam bentuk perkataan dan nombor)
‐ M/S 5 no 16, iaitu no bil MARA dan Tarikh Surat Tawaran dikeluarkan (rujuk pada surat tawaran pelajar)
‐ M/S 6 tandatangan Pelajar, Saksi (Pegawai Kerajaan Kumpulan A contoh seperti Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai etc. dan sila pastikan mereka menyertakan cop rasmi Jawatan & Jabatan) dan tandatangan penjamin pelajar.
‐ M/S 7, no 1 ialah Tarikh Matikan Setem di LHDN, no 2 & 3 ialah maklumat pelajar dan penjamin.

c. Buku Panduan Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA
‐ Lengkapkan dari M/S 2 hingga 11 sahaja.
‐ Abaikan maklumat penjamin ke dua.
* M/S 3 (BPPM/B/01)
‐ Bil MARA merujuk kepada no MARA pelajar yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan surat tawaran pinjaman.
‐ Nama dan Alamat bank mestilah CIMB. (selain daripada itu tidak dibenarkan)
‐ No Akaun isi dibahagian (ii) Simpanan.
‐ Tarikh pula merujuk kepada Tarikh Surat Tawaran dikeluarkan.
‐ Tandatangan Saksi merujuk kepada Pegawai Kerajaan Kumpulan A contoh seperti Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai etc. dan sila pastikan mereka menyertakan cop rasmi Jawatan & Jabatan).
‐ Lampirkan bersama dengan salinan KP pelajar yang disahkan oleh Saksi tersebut.
* M/S 4 (BPPM/B/02) dan 5 (BPPM/B/03) isi seperti yang dinyatakan
*M/S 6 (BPPM/B/04), maklumat untuk m/s ini boleh didapati di Salinan Surat Tawaran MARA pelajar.
* M/S 7 (BPPM/B/05), maklumat ini perlu diisi oleh penjamin pelajar . Syarat untuk menjadi penjamin boleh rujuk pada m/s 22.
‐ Hanya seorang penjamin sahaja diperlukan dan sila pastikan penjamin tersebut mengikut syarat yang ditetapkan dan tidak disenarai hitam oleh MARA
* Sila abaikan m/s 8 , m/s 10 dan m/s 12 (maklumat penjamin kedua).
* M/S 9 (BPPM/B/06) diisi oleh penjamin dan mendapatkan pengesahan dari majikan sekiranya berkerja kerajaan / swasta ataupun dari Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Penghulu, Jaksa Pendamai dan Adun sahaja sekiranya bekerja sendiri/pencen & pastikan pengesahan tersebut lengkap dengan cop jawatan &
jabatan.
‐ Sila pastikan m/s ini disertakan bersama‐sama salinan KP & Slip gaji Terkini Penjamin yang disahkan oleh majikan yang sama membuat pengesahan di m/s 9 & pastikan pengesahan tersebut lengkap dengan cop jawatan & jabatan syarikat penjamin..
‐ Tetapi sekiranya penjamin tersebut bekerja sendiri/pencen salinan KP & Pengesahan Pendapatan Bersurat/Penyata Pencen perlu disahkan oleh orang yang sama membuat pengesahan di m/s 9 tersebut iaitu Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Penghulu, Jaksa Pendamai dan Adun sahaja) & pastikan pengesahan tersebut lengkap dengan cop jawatan & jabatan penjamin.
* M/S 11 (BPPM/B/07), penjamin perlu mengisi maklumat tersebut dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.

d. Surat Iringan / Surat Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA
‐ Cetak dalam 4 helaian.
‐ Isikan Nama & Alamat Pelajar serta Penjamin (abaikan penjamin II)
‐ Bil Mara ialah No MARA pada Surat Tawaran
‐ Bil Tuan abaikan.
‐ Tarikh mengikut Tarikh Matikan Setem di LHDN
e. Sila kemaskini kembali maklumat penjamin dan No Akaun Bank CIMB Pelajar di
http://eduloan.mara.gov.my (iaitu di no 7. Sila Semak Butir‐Butir Penjamin) dan buat cetakan m/s ini dan lampirkan bersama dengan Salinan Muka Depan Buku Akaun / Penyata Bank CIMB pelajar.

f. Kesemua dokumen ini tidak boleh di stapler, ditebuk atau sebagainya dan hanya klip sahaja ketika menghantar di Unit HEMs. Pastikan kesemua dokumen dan lampiran dalam keadaan bersih.

g. Maklumat yang telah lengkap, kemas dan bersih perlu dihantar kembali pada Pn Linda Adnan di Unit HEMs

h. Sila ambil perhatian, tawaran ini hanyalah Tawaran Bersyarat sahaja dan bukan Tawaran Sebenar. Tawaran Sebenar akan diberikan setelah pihak MARA meneliti dokumen‐dokumen seperti yang diminta untuk dilengkapkan dengan cetakan permohonan terdahulu pelajar. Sebarang kesilapan / penipuan semasa tawaran ini dilengkapkan / disemak akan terbatal dengan sendirinya tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelajar. Jadi sila pastikan anda mengisi dengan tepat dan berhati‐hati.


Diharapkan Panduan Mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan yang lain.

Untuk maklumat lanjut layari:
Borang Permohonan Online Biasiswa MARA

Sekiranya anda memerlukan maklumat terkini mengenai panduan mengisi borang permohonan pinjaman MARA anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak MARA atau pihak kolej atau universiti anda.

10 ulasan:

  1. Sekiranya penjamin tiada borang EA atau borang J disebabkan tidak mencapai setahun tempoh perkhidmatan , adakah layak menjadi penjamin ? Sekiranya tiada borang tersebut , adakah permohonan ini akan terbatal walaupun mmpunyai slip gaji dan pengesahan majikan ?

    BalasPadam
  2. dalam tahun ketiga..penjamin mendesak hendak menarik diri sebagai panjamin...saya ada penjamin baru...bagaimana

    BalasPadam
  3. Pinjaman MARA untuk tahun 2015/2016 belum ada lagi ka ?

    BalasPadam
  4. Macamane ek kalau ayah pemohon blacklist? Boleh mohon jugak tak mara ni?

    BalasPadam
  5. macam mna ya kalau saya nak apply MARA tp saya akan ambl intake bln 11 di msu ?

    BalasPadam
  6. saya akan daftar pada 26.1.2016 di uia kos linguistic. boleh ke kalau saya nak apply mara?

    BalasPadam
  7. Berapa lama anggaran masa yg diperlukn, untuk kita mengetahui permohonan kita tu lulus ataupun sebaliknya ?

    BalasPadam
  8. Bergantung kepada budibicara pihak MARA. Anda boleh berhubung terus dengan mereka untuk maklumat terbaru.

    BalasPadam
  9. boleh tau bila tarikh buka permohonan baru untuk pinjaman mara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda digalakkan untuk selalu melawat laman web rasmi permohonan pinjaman pelajaran MARA online untuk maklumat terkini.

      Padam

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.