Panduan Permohonan Asrama 1 Malaysia (A1M) Tingkatan 1 KPM

Panduan Permohonan Asrama 1 Malaysia (A1M) Tingkatan 1 KPM. Permohonan untuk Asrama 1Malaysia 2018 kini telah dibuka sekarang. Begitu seperti yang disiarkan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelajar yang berminat dan layak bolehlah mengemukan permohonan sebelum tarikh tutup pada 8 Disember 2017.

Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada pelajar yang layak untuk murid Tingkatan 1 2018 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

Jumlah asrama 1Malaysia tidaklah begitu banyak. Setakat ini kita mempunyai 7 buah sahaja Asrama 1Malaysia di seluruh negara.

Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan KPM. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah 2 Januari 2017 (selasa)

Permohonan Asrama 1Malaysia

Asrama 1Malaysia

Asrama 1Malaysia (A1M) mula dilaksanakan di Kuala Lumpur pada 2010 dengan pendaftaran kohort pertama tingkatan 1 pada 9 mei 2010 sebelum berpindah ke Jalan Kuantan, Kuala Lumpur.

Objective A1M

A1M menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
Untuk melihat rakyat Malaysia tinggal bersama dan berasa serasi antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekaligus akan memupuk perpaduan nasional - YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak
Modal insan yang dihasilkan melalui A1M kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia

Penubuhan A1M adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan saling menghormati, seterusnya membentuk negara yang bersatu padu, aman dan makmur.

Begitulah sedikit sebanyak objektif penubuhan AIM di Malaysia.

Syarat-syarat permohonan Asrama 1Malaysia

Berikut adalah syarat-syarat permohonan Asrama 1Malaysia. Untuk lebih jelas anda dinasihatkan untuk berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM.

I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2018 sahaja.
II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
V. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
VI. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
a Sijil lahir / kad pengenalan pemohon dan ibubapa
b. Salinan Keputusan UPSR 2017
c. Sijil Berhenti Sekolah
d. Salinan Keputusan Ujian Aptitude 2017
e. Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
f. Salinan sijil penilaian kokuirkulum dan sijil-sijil lain
g. Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
VII. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD

Cara buat permohonan Asrama 1Malaysia

Untuk memohon kemasukan ke Asrama 1Malaysia anda boleh download boran permohonan Asrama 1Malaysia online.

Sila layari pautan (link) di bawah:

a. Surat Siaran Pengambilan Tingkatan Satu (1) 2017
b. Borang Tingkatan 1 2017
c. Borang Pengakuan Pendapatan
d. Brosur A1M

Anda dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran tersebut dan hantar sebelum tarikh tutup ke alamat berikut:

Urusetia Pengambilan Murid A1M
Unit Asrama
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya.
Website: http://www.moe.gov.my/my/Asrama-1Malaysia-AH

Sebarang penyelarasan boleh dirujuk ke Bahagian ini melalui Unit Asrama, Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama (SPKIA) di talian telefon 03-88849432/ 9341 dan faks 03-88849342

SEE ALSO: Panduan Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh

Kepada yang berhasrat untuk membuat permohonan Asrama 1Malaysia, kami mengucapkan semoga berjaya!
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

2 ulasan:

  1. Thanks infonya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are welcome. Sila kongsikan maklumat mengenai permohonan asrama 1Malaysia ini kepada rakan-rakan yang lain.

      Padam

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.