Rabu, 31 Januari 2018

Permohonan Peluang Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Jordan dan Mesir) Sesi 2018

Permohonan Melanjutkan Pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi di Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi Sesi Kemasukan 2018/2019. Pelajar yang berminat dan layak dipelawa untuk memohon peluang untuk melanjutkan pengajian ke Jordan dan Mesir.


Permohonan boleh dikemukan secara online di laman portal yang disediakan khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jika anda berminat untuk memohon sila baca dan fahami arahan di bawah dengan jelas untuk memudahkan anda membuat permohonan.

1. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2018/2019 perlu membuat permohonan secara atas talian di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.
2. Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 2 Februari 2018 pukul 5.00 petang.
3. Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup 29 Mac 2018 selepas keputusan SPM diumumkan.
4. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.
5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853.
Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my
Fb : Education Malaysia Division

Read also: Permohonan Online Pengambilan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah (Isti Dadi) Ambilan Tahun 2018

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut mengenai tawaran pengajian ke Timur Tengah anda boleh terus berhubung dengan pigak Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Negara menggunakan alamat perhubungan yang tertera di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.