Memaparkan catatan dengan label Student Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student Tips. Papar semua catatan
3:15 PTG

Cara Memohon Salinan Sijil PMR,SPM,LCE Atau MCE Hilang

Borang permohonan salinan sijil PMR, SPM LCE atau MCE yang hilang (lost certificate or academic transcript) download di sini. Bagaimana jika sijil SPM hilang? Anda boleh mohon salinan sijil PMR, SPM LCE atau MCE hilang, anda boleh mendapatkan semula salinannya dengan berberapa cara.

Cara Mendapatkan Semula Sijil Peperiksaan yang Hilang

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Media KPM untuk panduan anda mendapatkan sijil peperiksaan yang hilang. Sila baca kenyataan di bawah sebagai panduan anda.





Anda boleh memohon salinan PMR, SPM, LCE atau MCE yang hilang anda dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan mana-mana antara cara di bawah:

A. Datang sendiri ke kaunter permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Permohonan akan siap dalam tempoh satu jam jika anda menyediakan maklumat lengkap yang diperlukan. Anda akan dikehendai mengisi borang hilang sijil SPM di kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat di bawah.

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
2604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

Anda boleh datang semasa waktu pejabat
*Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 4.30 petang
*Jumaat: 8.30 Pagi - 12.30 T.hari - 2.45 petang - 4.30 petang

B. Anda bole membuat permohonan melalui POS.

Untuk cara ini ianya akan mengambil masa selama dua minggu. Anda boleh download borang permohonan hilang sijil SPM di bawah, lengkapkan dan poskan ke alamat di atas.



Sila download Borang Permohonan Sijil PMR,SPM,LCE atau MCE

Sila sediakan Wang Pos atau Moner Order sebanyak RM10.00 untuk bayaran setiap salinan sijil

Selain itu perkhidmatan terjemahan sijil keputusan PMR,SPM dan penyemakan semula keputusan UPSR,PMR,SPM dan SPMU juga boleh diperolehi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Bagaimana jika hilang Sijil UPSR?

Untuk makluman anda salinan sijil UPSR boleh anda perolehi dari sekolah asal anda. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan salinan sijil UPSR jika hilang.

Bagaimana jika hilang Sijil STPM?

Anda boleh mendapatkan salinan sijil STPM anda dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM. Bayaran RM50 akan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Selain itu kepada calon yang berminat untuk mendapatkan penyata keputusan STPM sahaja anda boleh berbuat demikian dengan barayan RM20. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang ini.

READ ALSO: Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak

English Version

Certificate application form PMR, SPM or MCE lost LCE download here. What if SPM missing? You can request a certificate PMR, SPM or MCE LCE lost, you can retrieve a copy of the Magnum ways.

You can request a copy of PMR, SPM, LCE or your MCE from the Board of Examinations, Ministry of Education, Malaysia using any of the following manners:

A. Come to the counter application Malaysian Examinations Board. Applications can be completed within an hour if you provide complete information required. You will fill missing dikehendai counter SPM Examination Board at the address below.

EXAMINATION BOARD,
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA,
BLOCK E 11, E COMPLEX,
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATION,
Precinct 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: SMALL UNIT CERTIFICATE)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

You can come during office hours

* Monday - Thursday: 8:30 am - 4:30 pm
* Friday: 8:30 am - 12:30 T.hari - 2.45 pm - 4.30 pm

B. You can make an application through the POS. For in this way it will take about two weeks. You can download the application form SPM lost below, complete and mail to the address above.

Please download the Application Form Certificate PMR, SPM, LCE or MCE

Please provide Moner Money Order or Order of RM10.00 per copy certification fee

In addition the decision certificate translation services PMR, SPM and reviewing the results UPSR, PMR, SPM and SPMU also be obtained from the Malaysian Examinations Board.

What if the lost certificate UPSR?

For your information a copy of the certificate UPSR you can get from your original school. Ministry of Education does not provide copies of UPSR if lost.

What if lost STPM?

You can get a copy of your STPM certificate from the Malaysian Examinations Council (MEC) using the Application Form Copy of STPM. Payment of RM50 will be charged for this service. In addition to the candidates who wish to obtain statements STPM decision only you can do that with barayan RM20. For more information visit this website.
10:38 PG

12 Tips Cara Memohon UPU Online

Detik dan saat menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 diumumkan merupakan masa yang amat mendebarkan bagi ramai pelajar lepasan SPM. Biasanya keputusan SPM akan diumumkan pada bulan Mac setiap tahun yang mana akan tiba tidak lama lagi.

Borang permohonan UPU online

Semetara menunggu keputusan SPM diumumkan apakah perancangan anda? Atau adakah anda telah membuat apa-apa perancangan masa depan apa yang perlu dibuat selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan? Ini persoalan yang memerlukan jawapan dari diri anda sendiri.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM diumumkan, tentu ramai yang telah mengambil kesempatan untuk memohon UPU online. Adakah permohonan anda telah dibuat dengan cara yang betul dan lengkap?

Ramai pelajar yang gagal mendapat tempat ke IPTA melalui UPU hanya disebabkan kecuaian mereka semasa membuat permohonan di UPU online. Tahun lepas sahaja ramai yang tidak sedar bahawa kegagalan mereka memasuki IPTA kerana tidak 'double check' apakah permohonan mereka telah dihantar/submit online atau tidak.

Dalam perkongsian kali ini kami menyenaraikan tips atau lebih dalam bentuk senarai semak perkara-perkara yang perlu anda teliti semasa membuat permohonan di UPU online. Senarai semak (tips) ini amat mustahak untuk membantu mengurangkan kesilapan semasa memohon di UPU online.

Tips / Senarai Semak Permohonan UPU Online

1. Beli No Unik ID Di BSN berharga RM15.64 termasuk GST

Cara membeli No. PIN UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN)

2. Pastikan kategori anda SPM setaraf atau  STPM setaraf
3. Buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my
4. Langkah seterusnya semak syarat e-panduan dengan teliti
5. Isi Permohonan Online
6. Pastikan mengisi setiap maklumat yang bertanda STAR*dengan lengkap
7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
8. Isi sampai habis
9. Klik “Sah & Hantar”
10. Cetak Slip Permohonan
11. Simpan Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
12. Semakan dan Kemaskini tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan

Diharapkan perkongsian mengenai tips dan senarai semak permohonan UPU online ini bermanfaat kepada anda terutama para pelajar lepasan SPM. Sila kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang ada memohon UPU online tahun ini.
9:45 PG

Jadual Peperiksaan SPM 2018 Untuk Panduan Pelajar (DRAFT)

Draft Jadual peperiksaan SPM 2018 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berpandukan apa yang ada di draf jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan, peperiksaan SPM tahun 2018 akan bermula dari 13 November 2018 hingga 13 Desimber 2018.

Lebih kurang satu bulan masa peperiksaan itu dilaksanakan.

Sila rujuk gambar di bawah untuk panduan anda. Download draf jadual peperiksaan SPM 2018 ini melalui pautan (link) yang diberikan untuk memudahkan anda mencetak maklumat ini.






Download: Jadual Peperiksaan SPM 2018 (draf)

Sila ambil maklum bahawa ini adalah DRAFT/DRAF sahaja dan belum MUKTAMAD/FINAL. Versi yang muktamad/final akan dikemaskini selepas pihak KPM mengeluarkannya nanti. Kita menjangkakan tidak banyak perubahan pada versi yang muktamad nanti.

Diharapkan informasi ini dapat membantu pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2018 merancang pembelajaran dan persedian mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Semoga perkongsian maklumat mengenai jadual peperiksaan SPM 2018 (draft) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda untuk panduan mereka.
4:37 PTG

Cara Dan Prosedur Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Mungkin maklumat cara dan prosedur permohonan perpindahan pusat ujian MUET ini penting untuk anda. Kita percaya ramai yang menghadai masalah hendak memohon perpindahan Pusat Ujian MUET mungkin atas berberapa sebab-sebab yang tertentu.

Antaranya ialah mungkin perpindahan tempat tinggal, perpindahan kerja dan sebagainya. Tahukah anda bahawa anda boleh memohon untuk pindah atau menukar Pusat Ujian MUET anda?

Caranya agak mudah, tetapi jika anda tidak tahu caranya ianya mungkin agak mengelirukan dan sukar.

Baru-baru ini Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ada mengeluarkan tatacara atau cara memohon perpindahan Pusat Ujian MUET.

Cara Memohon Perpindahan Step-by-Step Pusat Ujian MUET


Step 1: Muat turun dan cetak borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)

Step 2: Permohonan dihantar ke MPM melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri

Step 3: Bayaran sebanyak RM25.00 dibuat dalam bentuk Wang Pos atas nama penerima Ketua Eksekutif MPM

Step 4: Status Permohonan perpindahan pusat ujian MUET boleh disemak di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)

Contoh Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET


Anda juga boleh merujuk kepada gambarajah dibawah untuk lebih memudahkan anda


Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran, atau kurang faham, anda boleh berhubung terus dengan pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak MPM sendiri.

Anda juga digalakkan untuk membaca artikel kami terdahulu mengenai Panduan Penting Menghadapi Peperiksaan MUET: Tips dapat Band 6!.

Ianya mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak menghadapi peperiksaan MUET.

Diharapkan maklumat ini dapat memudahkan anda.
10:11 PG

Teknik Dan CARA Melatih PUBLIC SPEAKING Yang BERKESAN

Public speaking adalah suatu perkara yang mungkin cukup penting buat beberapa pihak dan harus kita akui sebagai seorang yang jarang bercakap di depan khalayak ramai mungkin ini adalah perkara yang sangat berat bagi mereka. Sebagai seorang public speaker yang baru mahu belajar tentang bagaimana bercakap di depan umum hari ini saya akan berbagi tips sederhana bagaimana untuk bercakap di depan umum.
12:24 PTG

Cara Menghilangkan LINGKARAN HITAM Pada MATA

Sebagai pelajar mungkin kita sering bersengkang mata setiap malam mengulangkaji pelajaran. Kegiatan seperti ini akan menyebabkan mata kita akan rasa penat dan juga kurang tidur. Lingkaran hitam besar kemungkinan akan mulai terbentuk sedikit demi sedikit dan lama-lama akan semakin ketara jika tidak dirawat dengan betul dan  secepatnya.