Syarat Kemasukan Sekolah Sukan Pra Universiti KPM Terkini

Syarat Kemasukan Sekolah Sukan Pra Universiti KPM Terkini – Jika anda sedang tercari-cari atau berminat untuk melanjutkan pelajaran untuk Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini mempelawa mereka yang layak untuk memohon.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia adalah seperti berikut. Anda  dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak KPM untuk syarat kemasukan sekolah sukan Pra Universiti KPM yang terkini.

Syarat kemasukan di bawah adalah syarat umum sahaja untuk panduan anda.

syarat kemasukan sekolah sukan pra universiti KPM

Syarat Umum

1. Pemohon mestilah berstatus atlet negara atau berada didalam Program Majlis Sukan Negara / Negeri.
2. Sudah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
3. Berumur tidak melebihi 20 tahun dari tarikh kemasukan.
4. Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan juga Persatuan Sukan Kebangsaan.
5.Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih

Syarat Khas

Aliran Sains

1.Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan,
2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut: Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Teknologi Maklumat, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta atau Teknologi Kejuruteraan.

Aliran Sastera Ikhtisas

1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan,
2. Lulus 2 mata pelajaran berikut: Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan, Sains Tambahan, Teknologi Maklumat, Biologi, Fizik atau Kimia.

Panduan Permohonan

Jika anda berminat anda boleh menghantar permohonan secara online >>> Borang Permohonan

Borang itu hendaklah dicetar dan melengkapkan ruangan Ulasan Jurulatih, Ulasan Penolong Kanan Sukan, Perakuan dan Pengesahan secara manual. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Walaupun borang telah dihantar melalui pos, pemohon masih boleh  mengemaskini maklumat peribadi melalui online pada bila-bila masa sebelum tarikh  tutup permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2011 (Sebarang permohonan selepas tarikh itu tidak akan dilayan)

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut anda boleh mengunjungi lama web PERMOHONAN KE PROGRAM PRA-UNIVERSITI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum KPM:

Puan Norhamimi Bt. Othman Tel: 03-8884 1035, e-mail: norhamimi@moe.gov.my
Puan Noor Hamizha Abd Hamid Tel: 03-8884 1006, e-mail: hamizha@moe.gov.my