Syarat Ambil SPM Persendirian & SPM Ulangan (SPMU)

Rasanya ramai yang nak ambil SPM Persendirian atau SPM Ulangan (SPMU). Sekarang ini kalau nak apply kerja, kebanyakan minta sijil SPM.

Sebab itu sijil SPM itu penting untuk tujuan cari kerja atau nak sambung study ke peringkat lebih tinggi.

Sijil SPM itu memang sangat penting.

Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan dibuka seperti yang telah dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran.

Pendaftaran SPM Ulangan dan SPM Persendirian Online

Syarat Ambil SPM Persendirian

  • Calon baharu SPM mestilah berumur tidak kurang dari 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
  • Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).
  • Mendaftar secara dalam talian sepenuhnya di sppat.moe.gov.my.

Syarat ini boleh anda lihat semasa membuat pendaftaran secara online. Di sana ada perincian yang lebih lengkap dan terperinci.

READ: Cara Mendaftar SPM Persendirian & SPMU

Pendaftaran SPM dan SPMU

Calon Sekolah

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.

Calon Persendirian

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Tarikh Peperiksaan SPM dan SPMU

  • Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Awam  untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan SPM dan SPMU. Anda juga boleh berhubung dengan sekolah asal anda atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terdekat dengan anda untuk maklumat terkini.

Tarikh Tutup

  • Sila rujuk sekolah asal anda atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terdekat dengan anda untuk tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPM.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.

Maklumat

  • Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU  hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
  • Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  • Alamat dan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tarikh pendaftaran SPM Ulangan dan SPM Persendirian setiap tahun tidak sama. Anda dinasihatkan untuk merujuk maklumat terkini untuk info terkini.