Biasiswa Luar Negara Maybank

Kemaskini/Nota: Belum ada info terbaru mengenai Biasiswa Maybank tahun ini. Jika anda memerlukan maklumat terkini sila layari laman website rasmi Maybank >>> http://www.maybank2u.com.my/ atau hubungi mereka.

Program Biasiswa Maybank ini akan memberi biasiswa penuh kepada para pelajar yang layak untuk belajar di universiti luar negara. Biasiswa ini sesuai dipohon oleh mereka yang telah mendapat keputusan SPM 2012 tempohari.

Penerima biasiswa ini akan ditanggung sepenuhnya dari peringkat pengajian pra universiti sehingga ke peringkat ijazah yang merangkumi yuran pengajian, penginapan, komputer riba dan elaun. Mereka juga diberi latihan persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan sebelum diserap bekerja dengan Maybank.

Kelayakan Memohon

BIASISWA LUAR NEGARA MAYBANK 2013/2014Berikut adalah antara kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memohon Biasiswa Luar Negara Maybank 2013/2014. Semua pemohon hendaklah memenuhi kelayakan-kelayakan minimum yang harus dipatuhi. Anda digalakkan membaca kelayakan memohon ini dengan teliti sebelum menghantar borang permohonan Biasiswa Luar Negara Maybank anda.

• Berumur tidak lebih dari 18 tahun.
• Memperolehi sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan SPM atau setaraf.
• Pendapatan keluarga tidak melebih RM120,000 setahun.
• Mempunyai pengalaman memimpin di dalam kegiatan ko-kurikulum.
• Mempunyai keinginan yang tinggi untuk kerjaya yang mencabar dan memuaskan selepas tamat pengajian.
• Pemohon bukan penerima mana-mana biasiswa atau tajaan dari mana-mana organisasi atau yayasan.

Permohonan

Baca maklumat ini untuk mendapatkan borang permohonan dan cara menghantar borang permohonan Biasiswa Luar Negara Maybank 2013/2014.

• Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar secara emel kepada [email protected]nk.com.my
• Syarat dan borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohoan Biasiswa.
• Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi samada melalui emel atau/dan telefon.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan biasiswa ini sila hubungi pihak Maybank melalui saluran berikut. Sila hubungi mereka menggunakan maklumat perhubungan yang tertera di bawah:
• Resourcing Centre, Group Human Capital, 44th Floor, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
• Emel : [email protected]
• Facebook : http://www.facebook.com/Maybank
• Laman web : http://www.maybank.com.my/corporate-profile/scholarship