BIASISWA MALAYSIA 2012 BAGI PENGAJIAN SARJANA DI INDONESIA

JPA Sedang Menawarkan Program Pengajian Peringkat Sarjana Di Bawah Biasiswa Kemitraan Negara Berkembang-KNB Indonesia selama 3 tahun bertempat di Indonesia.

Syarat Permohonan :

(a) Berumur di bawah 35 tahun;
(b) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan setaraf;
(c) Mempunyai sekurang-kurangnya skor 450 bagi TOEFL;
(d) Melengkapkan permohonan on-line ;
(e) Dicalonkan oleh Kedutaan Indonesia di Malaysia; dan
(f) Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh penganjur.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Kemitraan Negara Berkembang-KNB ) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
(c) Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2008, 2009 & 2010 atau 2009, 2010 & 2011) – perkiraan setahun adalah bermula pada Januari sehingga Disember;
(d) Telah mengisytiharkan harta;
(e) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
(f) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain;
(g) Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);

Cara Mohon & Dokumen Rujukan :

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki melengkapkan borang-borang seperti berikut :
a) Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing).
b) Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin.1/2010]  diisi oleh calon.
 Permohonan mestilah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dihantar ke jabatan ini.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN II
ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Siti Haslina binti Hashim)